Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 9, 2025 @ 1:38pm

Kena Sidai 8 Jam, Shukri Yahaya Mengaku Pernah Tinggalkan Set Penggambaran – “Datang Pagi Bila Malam Baru Shooting”

“Saya pernah bekerja dengan pengarah yang tak tahu apa mereka nak”.

Demikian luahan pelakon popular, Shukri Yahaya ketika ditanya mengenai pengalamannya berdepan ragam  ketika berada di set penggambaran.

Kata Shukri, dia pernah disidai selama lapan jam dek kerana pengarah tidak tahu apa yang mereka mahukan.

“Saya selalu kena sidai kerana pengarah tidak tahu apa yang mereka nak. Tak tahu nak buat apa.

“Datang pagi, shooting malam. Kena sidai lapan jam. Tapi itu semua dulu,” katanya.

Shukri atau nama penuhnya, Mohd Shukri Yahaya, 36, berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama terbaharu Tonton berjudul, Bru baru-baru ini.

Ketika ditanya sama ada dirinya serik untuk bekerjasama dengan produksi terbabit, aktor filem box office Blood Brothers: Bara Naga itu mengakui bahawa dia akan mengelak daripada menjalin kerjasama pada masa hadapan.

“Saya tidak marah tapi mungkin saya akan pangkah dua tiga tahun lagi untuk berkerjasama semula dengan dia.

“Dan, kalau kena ‘sidai’ lagi, saya tidak marah tapi akan tanya dulu lama atau tidak?  Kemudian baru saya akan tinggalkan set,” jelasnya.

Dalam pada itu, Shukri memaklumkan dia selesa bekerja dengan pengarah Nik Amir Mustapha untuk drama Tonton Bru Kedai Kopi yang mula ditayangkan pada 1 Mei lalu.

Ini kerana, Nik tahu apa yang diinginkan termasuklah tidak pernah membuang masa, dan segala scene yang ingin dilakukan dirancang dengan baik.

“Bagi saya, Nik dan team produksi tidak pernah membuang masa, tahu apa yang mereka mahukan dan merancang segala scene dengan baik.

“Tiada tekanan dan tak perlu menunggu terlalu lama,” ujarnya.

Selain Shukri, antara barisan artis yang terlibat dalam Bru Kedai Kopi ini adalah, Siti Hariesa dan Amerul Affendi.

Jangan lupa saksikan siri Tonton Original, Bru lakonan Shukri Yahaya, Siti Hariesa dan Amerul Affendi secara eksklusif hanya di Tonton!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 24 Aug 2018

‘Kau Pun Sama’ Bukan Gimik Cinta Dengan Ernie

Dipendekkan cerita, kita perlu tahu beza gimik untuk sesuatu perkara yang apa yang patut atau sebaliknya… Fikir-fikirkanlah ya netizen sekalian!

Hiburan Sat, 4 Jan 2025
Featured Sun, 26 Apr 2020
Hiburan Mon, 21 Aug 2023

Kejelitaan Inca Medina Tarik Perhatian, Ramai Tawar Diri Nak Jadi Menantu Malique – “Cantik, Senyuman Sama!”

Aduhai manisnya Inca Medina ni 😍 Cantik sangat senyuman dia ☺️ Anak dah muncul, bapa bila nak munculkan diri? 🫣

Featured Thu, 24 Apr 2025

“Saya Tidak Mahu Memanjangkan Fitnah”- Siti Nurhaliza

persembahan tersebut adalah atas dasar menghargai warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Hiburan Tue, 28 Apr 2026

Beto Kusyairy Respons Sikap Sesetengah Pihak Tonton Filem Libang Libu Untuk Cari Salah – “Rugilah Kalau…”

Beto Kusyairy terbuka menerima pelbagai reaksi penonton terhadap filem komedi terbaharu lakonannya, Libang Libu.

Featured Wed, 17 Aug 2022
Trending Thu, 9 Jul 2020
error: Content is protected !!