Euforia Bola 2026
Trending By: Syafiqa Irdina March 10, 2020 @ 10:30am

[Viral] Kesian! Gara-Gara Tolong Translate Ayat, Penyanyi Hip Hop Korea Jay Park Ditampar Peninju UFC!

Gempar di gelanggang tinju UFC dan media Korea Selatan semalam apabila, penyanyi atau rapper bergenre hip hop iaitu Jay Park ditampar oleh seorang peninju terkenal, Brian Ortega ketika acara UFC 249 sedang berlangsung di T-Mobile Arena, Las Vegas pada 7 Mac lepas.

Bermula Dengan Isu “Trash Talk”

Menerusi sumber MMA Junkie, saksi yang melihat kejadian pada malam tersebut menyatakan Brian Ortega mula mendekati dan bersemuka dengan Jay Park mengenai isu ‘trash talk’ yang berlaku pada bulan lepas.

Semasa kejadian berlaku, Chan Sung Jung yang merupakan rakan dan juga UFC fighter yang dikenali dengan nama ‘The Korean Zombie’ tidak bersama Jay Park waktu itu kerana ke tandas. Brian Ortega kemudian di bawa keluar oleh pengawal sebelum keadaan menjadi lebih tegang.

 

 
Sumber: Twitter
 

Jay Park Hanya Menterjemah Percakapan 

Kejadian tersebut berpunca semasa acara Ariel Helwani MMA Show bulan lalu, apabila Jay Park yang telah menterjemahkan ayat yang diutarakan oleh Chan Sung Jung atau The Korean Zombie sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati Ortega.

Chan Sung Jung yang sebenarnya telah bercakap buruk mengenai Ortega semasa temuramah tersebut dan Jay Park hanya menjalankan tanggungjawab menterjemah kata-kata yang diucapkan oleh Chan Sung Jung.

Chan Sung Jung berkata Ortega ‘mengelak’ untuk berlawan dengan dirinya  pada bulan Disember tahun lalu namun Ortega terpaksa menarik diri kerana cedera.

Ortega yang berang dengan tuduhan ‘mengelak’ tersebut, memuat naik status di laman sosialnya yang dirinya akan menyelesaikan hutang dengan Chan Sung Jung dan bukanlah dengan Jay Park.

Dan ternyata kata-kata yang dimuatnaik di laman sosialnya dikotakan dengan menampar Jay Park di acara UFC 248 pada malam Sabtu baru-baru ini.

 

 

Kesian Jay Park, gara-gara tolong terjemah ayat orang lain, diri sendiri yang terkena tempias!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 10 Feb 2026

“Banyak Kebaikan Yang Dibuktikan, Akhlak, Jaga Anak & Maruah Diri” – PU Riz Titip Ucapan Sweet Sempena Birthday Neelofa

Pendakwah selebriti, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz tidak pernah gagal menzahirkan penghargaan terhadap isterinya, Noor Neelofa

Trending Sat, 4 Aug 2018

Kena Kecam Akibat Buang Sampah

Zaman sosial media sekarang nie pantas dalam menyebar berita dan aksi yang dilakukan . Buang sampah di tanah kenapa tidak di dalam tong sampah yang disediakan

Featured Mon, 18 Sep 2023

Che Ta Mengamuk Anak Dikata S*ndal – “Aku 9 Bulan 10 Hari Mengandung Anak Aku! Jentik, Marah Pun Tak Pernah”

Allah! Tak baik gelar anak orang macam tu. Memang patut Che Ta hangin😡

Hiburan Mon, 25 Sep 2023
Hiburan Tue, 21 Mar 2023
Featured Wed, 16 Nov 2022

Mesra Berkempen, Ketampanan Shahril Hamdan Raih Tumpuan – “Kalau Single Baru Saya Pangkah”

Ahli politik, Shahril Sufian Hamdan merupakan salah seorang calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di kerusi Parlimen Alor Gajah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15). @shahrilhamdan Rata-rata warga yang lebih berpengalaman daripada saya […]

error: Content is protected !!