Euforia Bola 2026
Selebriti By: Fatin Nurain September 22, 2023 @ 10:28pm

Bakal Bercerai Dalam Masa Terdekat, Engku Emran Buka Mulut – “Jaga Adab, Hormati Nabila & Saya”

Suami kepada selebriti terkenal Noor Nabila, Engku Emran tampil membuka mulut susulan berita perceraian mereka yang diumumkan oleh isterinya, hari ini.

Terdahulu, Nabila memaklumkan bahawa mereka bakal bercerai dalam tempoh terdekat dan enggan berkongsi punca perceraian berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Noor Nabila & Engku Emran Bakal Bercerai

Terpanggil untuk mengulas isu tersebut, Emran bagaimana pun menyatakan dirinya bertanggungjawab untuk memberi kenyataan bagi mengelakkan timbulnya sebarang fitnah.

“I have made this decision to say something very brief. Saya rasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk berkata sesuatu dengan niat untuk menghindari fitnah dari tidak terkawal.

“Selepas kata kata saya ini jika anda terus membuat andaian dan cerita-cerita nak menyedapkan selera nafsu anda thats your problem that u have to settle with Allah.

“Saya tidak pernah respond kepada khabar angin and your cheap gossips or trash. To me you dont put food on my table nor you feed my family so your lies dont deserve my slightest attention,” tulisnya.

Selain itu, Emran sempat menasihatkan orang ramai agar tidak melemparkan sebarang komen yang tidak berasas dan kurang bijak sekiranya tidak tahu apa yang terjadi di antaranya bersama Nabila.

Malah, dia juga meminta agar semua pihak menghormati mereka sekeluarga agar tidak menyebabkan mana-mana pihak terguris hati.

“Jangan kita komen seperti kita nampak sangat tidak bijak. Jangan kita komen seperti kita kenal sangat orang yang kita langsung tidak kenal.

“Jangan kita komen macam kita tidak akan ada ujian yang menanti. Jangan keluarkan kata kata atau hasil kan cerita macam kita takde agama.

“Jaga adab dan hormati Nabila dan saya. Kami masih ada keluarga mak dan ayah. Dont cause them undue pain.

“Kami tidak pernah mengacau hidup sesiapa. Ini ujian untuk kami dan Alhamdulillah kami redha. Respect our little space although it is not perfect,” jelasnya.

Dalam perkongsian tersebut, Emran menyatakan perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah meskipun mereka sudah melalui fasa itu sebanyak tiga kali.

Namun, dia sempat berpesan kepada Nabila ketiga-tiga perkahwinan tersebut bukanlah gagal, sebaliknya sudah tertulis sejak azali.

Bahkan, usahawan itu turut memohon agar orang ramai menghormati saat sulit yang dilalui olehnya bersama Nabila dan mendoakan segala urusan mereka dipermudahkan.

“We have both gone thru three marriages, we both know what we want in life, unfortunately we have to keep seeking elsewhere.

“Marriage is tough. Yang mana pernah kahwin we all know that. Yang mana belom pernah kahwin jangan sembang kuat sangat.

“I told Nabila these 3 marriages are not failures they are already scripted way before we entered this world. It is simply an unavoidable journey we need to go through to find Him and as long as we are getting ourselves closer to Him that is already a huge success.

“Again im asking you to respect our broken space. We are both devastated. Please pray that Allah will ease everything for both of us,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 31 Aug 2019

SAH…Nabila Fail Perceraian Terhadap Sharnaaz Ahmad

Sebelum ini, Nabila pernah memuat naik status yang menguatkan spekulasi dia dan Sharnaaz berdepan masalah rumah tangga.

Hiburan Wed, 8 Aug 2018

Ucap Selamat Tinggal Kool FM, Liza Tumpu Bisnes Produk Kesihatan

Akui Liza, walaupun sedih terpaksa meninggalkan Kool FM yang sudah dianggap sebagai keluarga keduanya itu, Liza melihat situasi ini dari sudut positif.

Featured Fri, 19 Aug 2022
Featured Mon, 12 Sep 2022

“Macam Anak Dara” – Netizen Puji Tubuh Badan Ayda Jebat Kekal Langsing

Fuhh betul lah kan maintain je macam masih anak dara lagi! 😍

Featured Fri, 13 Jan 2023

Hadir Dengan ‘Hukum’, Hariz Danial Mula Bina Nama Dalam Industri Muzik

Juara ‘I Can See Your Voice Malaysia’ musim ke-3, Hariz Danial tampil dengan single pertamanya berjudul Hukum hasil garapan komposer terkenal, Sirkhan Danial bersama Ibnu Rinkarnaen. Menurut Hariz, dia sangat bersyukur diberi peluang untuk mengeluarkan […]

Hiburan Tue, 9 Jan 2018

IS CL FINALLY A HOLLYWOOD ACTRESS?!

CL has been working on her debut in America for quite some time now. Is this her big Hollywood break?!

error: Content is protected !!