Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 28, 2024 @ 4:52pm

Anak Mahu Jadi Pemain Bola Sepak Profesional, Rita Rudaini Bagi Pesanan – “Jadi Player Yang Pandai, Dalam Bola Bukan Guna Kaki Saja, Kena Guna Akal Juga”

Aktres Rita Rudaini tidak pernah menghalang minat anaknya untuk aktif dalam sukan bola sepak.

Bercakap kepada XTRA, Rita memaklumkan anak keduanya iaitu  Airit Qaqa Arjuna ada meluahkan hasrat untuk menjadi pemain bola sepak profesional satu hari nanti.

“Apa yang anak-anak suka, saya galakkan mereka untuk buat. Saya sokong minat mereka. Anak lelaki memang suka main bola sepak.

“Anak pertama suka main suka bola dan larian trek. Anak kedua suka bola, larian, bola baling dan sekarang cuba nak main rugbi.

“Anak kedua itu dia pernah tanya boleh ke kalau dia nak jadi pemain bola sepak nanti. Saya kata bukan tidak bagi, tapi kalau boleh jadi yang boleh pergi hingga peringkat antarabangsa.

“Saya pesan nak jadi apa pun, jadilah. Tetapi pastikan sekolah sampai habis. Jadi pemain bola yang pandai, dalam bola bukan guna kaki sahaja, kena guna akal juga. Kalau boleh ada ijazah atau sebagainya, asalkan berilmu,” ujarnya.

Rita ditemui pada sesi temuramah bersama pelakon sitkom komedi terbaharu terbitan TV3, Jabatan Call Centre (JCC) di Glenmarie, Shah Alam, baru-baru ini.

Kongsi pelakon filem Mami Jarum itu lagi, Rita pernah berkongsi cerita kepada anaknya bahawa dia pernah terpilih mewakili negeri Perlis untuk Sukan Malaysia (SUKMA) dalam sukan silat.

“Saya dulu pernah terpilih untuk untuk main SUKMA dalam sukan silat olahraga. Wakil negeri Perlis.

“Bila cerita dengan anak-anak mereka pun terkejut. Mak depa (mereka) SUKMA.

“Tapi masa terpilih untuk wakil SUKMA itu saya tidak dapat pergi sebab mak saya bakar baju silat saya. Mak mengharapkan saya satu-satunya anak perempuan yang akan buat kerja-kerja perempuan, tapi sebaliknya,” kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Fikir Tak Mahu Cerai Sebab Kesian Pada Anak, Kalau Betul Kesian… Bawa Dia Keluar Dari ‘Circle’ Toksik” – Rita Rudaini 

ARTIKEL BERKAITAN: Bertuah! Rita Rudaini & Anak-Anak Teruja Dapat Bersua Muka Dengan Tun M, Siap Dapat Nasihat  – “Aura Tun Sangat Kuat”

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Oct 2022

“Berkat Doa & Usahanya” – Oktovia Manrose Syukur Bapa Jadi Asbab Penghijrahan

Dunia ni bukan kehidupan abadi, tapi kehidupan bermula selepas kematian – Oktovia Manrose

Featured Mon, 28 Aug 2023
Hiburan Mon, 22 Apr 2019
Trending Tue, 23 Jun 2020
Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Hiburan Mon, 23 Dec 2019
TECH Tue, 16 Jan 2018

WILL YOU BUY THESE DIGITAL CARTOON CATS – CRYPTOKITTIES?

A product that is meant to attract tech geeks and noobs alike! MEOWWW!

Hiburan Wed, 13 Nov 2024
Hiburan Sun, 17 Apr 2022
error: Content is protected !!