Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 17, 2022 @ 7:30am

Kolaborasi Hael Husaini & DOLLA Dalam Suara Lebaran Kita

Penyanyi terkenal Hael Husaini dan girl group popular, DOLLA yang dianggotai Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya bergabung dalam sebuah single bersempena Syawal berjudul Suara Lebaran Kita.

Lagu rancak dalam nuansa pop dansa ini ternyata mempunyai feel yang moden namun masih mengekalkan ‘bunyi’ kemeriahan sambutan Hari Raya itu sendiri.

“Jika sebelum ini lagu-lagu Raya saya selalunya keseorangan, bagi kali ini saya hendak ‘berteman’ pula, jadi saya menyapa DOLLA di media sosial dan mereka memberi respon baik, jadi terus saya katakan ‘hello, jom masuk studio!’

“Lagu ini saya ciptakan bersama-sama Ezra Kong dan kami ada memasukkan elemen K-pop yang sememangnya sinonim dengan DOLLA tetapi telah mendapat elemen Melayu dan pendengar harus mendengarnya sendiri,” tambah Hael dalam nada teruja.

Walaupun sibuk dengan jadual kerja yang padat, kumpulan DOLLA masih sempat merakamkan single Raya ini bersama Hael kerana bagi mereka peluang sebegini jarang-jarang berlaku, apatah lagi apabila pelawaan tersebut datangnya dari seorang yang bernama Hael Husaini.

“Sudah tentunya kami sangat teruja dan terkejut apabila artis sehebat Hael ingin berkolaborasi dengan DOLLA, dan single ini merupakan lagu Raya kedua dari DOLLA dan pertama kalinya berkolaborasi dengan artis lain.

“Kami serasi bekerja dengan Hael dan Ezra kerana ada chemistry, proses rakaman di studio mengambil masa selama 5 jam sahaja disebabkan bimbingan mereka berdua yang sungguh profesional. Walaupun lagu ini agak berbeza dengan genre yang biasa kami bawakan, namun melodinya mengasyikkan, unik, dan quirky,” kongsi Sabronzo mewakili DOLLA.

Suara Lebaran Kita menceritakan tentang perasaan kita semua sebagai rakyat Malaysia yang dambakan kemeriahan sambutan Hari Raya bersama keluarga dan teman-teman sebelum bencana COVID-19 melanda dunia, dan akhirnya pada tahun ini, kita dapat bersua semula dengan wajah-wajah yang telah lama kita rindui.

Lagu Suara Lebaran Kita boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Joox, KKBOX, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 26 Jan 2021

Peruntukkan 293 Juta Dari Air Selangor, Turunkan Kadar Air Tak Berhasil

Air bersih, kualiti hidup terjamin. Semoga selepas ini, tiada lagi masalah air di Selangor yang menyusahkan rakyat

Trending Tue, 2 Feb 2021

Risau Keselamatan Guru & Pelajar SPM, Achey Edar 10,000 Sanitizer

Pelawak Achey mengakui kagum dengan guru dan pelajar tingkatan lima yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tidak lama lagi kerana semangat kental mereka biarpun berdepan dengan pandemik COVID-19. Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir […]

Events Mon, 28 Oct 2019

Mana Lagi Bahagia, Pilihan Keluarga Atau Pilihan Sendiri?

Nak tahu dengan lebih lanjut, klik artikel diatas!

Trending Mon, 28 May 2018

Florida ‘Diserang’ Alberto, Ribuan Siapsiaga Pindah

Pihak berkuasa daerah Franklin di Florida Panhandle sudah mengeluarkan arahan berpindah mandatori kepada semua penduduk di 4,200 unit kediaman, manakala daerah Taylor di timur, menawarkan arahan berpindah sukarela kepada penduduk di kawasan pantai.

Featured Tue, 25 May 2021

Penampilan Terkini Keluarga Wardina Saffiyah Di Australia Curi Perhatian Ramai

Suatu ketika dahulu nama pelakon Wardina Saffiyah seringkali menjadi kegilaan ramai anak muda terutama peminat sitkom Spanar Jaya. Namun, sejak mendirikan rumah tangga dan berhijrah ke Australia untuk menyambung pengajiannya, Wardina sudah jarang muncul di […]

Hiburan Thu, 18 Jan 2018

Hafiz Hamidun Tegur Siapa Pula?

Artis mana pula yang kena tegur dengan Hafiz Hamidun

Featured Tue, 28 Jun 2022

Ditawar RM1.3 Billion, Johnny Depp Didakwa Bakal Beraksi Sebagai Kapten Jack Sparrow Semula?

Rindunya nak tengok Johnny Depp berlakon jadi Jack Sparrow! Min belanja sikit ayat famous dia, “Why fight when you can negotiate,” 🔥🙌 Deep!

Events Sat, 9 Jul 2022
error: Content is protected !!