Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi June 28, 2022 @ 7:13pm

Ditawar RM1.3 Billion, Johnny Depp Didakwa Bakal Beraksi Sebagai Kapten Jack Sparrow Semula?

Heboh di ruangan media sosial mengenai khabar angin yang mengatakan bintang sensasi Hollywood, Johnny Depp menerima tawaran berjumlah RM1.3 billion untuk kembali memegang watak popularnya, Kapten Jack Sparrow dalam sekuel filem terkenalnya, Pirates of the Caribbean Disney keenam.

Susulan itu, wakil pelakon itu tampil menjawab berita tersebut kepada NBC News yang dikatakan Depp tidak akan berlakon dalam sekual keenam filem itu.

“Ini dibuat-buat,” kata wakil pelakon itu kepada NBC News (melalui E! News).

Sebelum ini, New York Post mendedahkan Disney membuat permohonan maaf dan menyatakan hasrat untuk menjalin kerjasama semula dengan Depp setelah lima tahun tidak bekerja dengan syarikat terkemuka itu.

“Disney berminat memperbaiki hubungan dengan Depp. Mereka sangat berharap Depp akan memaafkan dan kembali dengan watak ikonik.

“Mereka menghubungi Depp sebelum perbicaraan fitnah dan bertanya sama ada berminat kembali untuk satu atau dua francais filem Pirates of the Caribbean,” dakwa sumber.

Bagaimanapun, difahamkan Depp sudah memaafkan pihak Disney namun dia memaklumkan belum bersedia untuk kembali berlakon.

“Tidak, buat masa ini. Masa depan masih belum ditentukan,” katanya.

Depp berkata dia rasa amat dikhianati oleh Disney.

Terdahulu, Disney telah menggugurkannya daripada francais keenam dan terakhir berikutan laporan Washington Post pada 2018 yang mendakwa bekas isterinya, Amber Heard sebagai pendera rumah tangga sehinggga kerugian gaji harian hampir RM100 juta.

Aktor berkaliber berusia 59 tahun itu berjaya mencipta fenomena dengan menghidupkan watak Captain Jack Sparrow dalam flime filem sejak 19 tahun lalu, kali terakhir menerusi filem Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales pada 2017.

Depp ketika perbicaraan melawan Heard mendedahkan dia tidak berminat untuk kembali menjayakan francais Pirates of the Carribbean, meskipun dibayar sejumlah wang yang banyak.

Sumber: Independent, Berita Harian, E! News

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Apr 2022

‘April Fool’ Tarikh Rasmi Dr Soo Wincci Dilantik Sebagai Profesor Madya

Penyanyi Dr Soo Wincci mencipta sejarah apabila menjadi Miss World Malaysia yang pertama dilantik sebagai Profesor Madya dalam bidang muzik. Pelantikan tersebut melayakkan Wincci mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) pada 1 April lalu. […]

Hiburan Thu, 30 Jan 2020

“Babi Punya Kontraktor!” -Che Ta Mengamuk Rumah Tak Siap

Mana tak marah kalau dah dua tahun tunggu??

Hiburan Mon, 25 Nov 2019
Featured Mon, 7 Nov 2022
Trending Fri, 20 Mar 2020

“Ia Mimpi Ngeri Buat Saya” Pesakit Ini Kongsi Pengalaman Menderita Positif Covid-19

Semoga rakyat Malaysia jadikan iktibar atas apa yang dilalui oleh pesakit ini . #dudukrumah

Hiburan Tue, 1 Jul 2025
Hiburan Mon, 13 Aug 2018

Cukur Kening Sewaktu Muda Ini Jawapan Noorkhiriah

Norkhiriah mendedahkan dia pernah mencukur kening ketika zaman muda dan mengakui …

error: Content is protected !!