Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 January 30, 2020 @ 11:32am

“Babi Punya Kontraktor!” -Che Ta Mengamuk Rumah Tak Siap

Pelakon jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra dikenali sebagai Che Ta tidak dapat menahan perasaannya apabila ‘mengamuk’ di dalam video yang dimuat naik di dalam Instagram Story memarahi kontraktor yang diupah untuk menyiapkan projek pengubahsuaian rumahnya setelah menunggu dengan sabar selama dua tahun.  

Che Ta juga terkilan, niatnya yang mahu menolong bangsa sendiri akhirnya terkena pada batang hidungnya apabila bukan sahaja dia dipermainkan malah, telah banyak wang dibelanjakan dan dibayar kepada kontraktor terbabit padahal rumah langsung tidak siap. 

“Bila ubahsuai rumah ambil kontraktor Melayu, macam haram jadah rumah aku jadinya. 

“Kita dah habis nak dekat sejuta, lari macam tu je. Ini kawan yang cadangkan tau? Bukannya suka-suka hati ambil sesiapa yang datang tawar diri.

“Kawan I Jerry yg rekomen, mangkuk beruk ni tinggal macam ni je lari. Biadap!” marah Che Ta dalam video berkenaan. 

Memetik laporan BH Online, Che Ta meluahkan rasa kecewa dengan sikap kontraktor tersebut yang bukan sahaja tidak menyiapkan kerja, malah isteri kepada Zain Saidin itu kini terpaksa mengupah kontraktor baru bagi menyiapkan projek yang terbengkalai itu.

“Bayangkanlah, kalau tak bayar duit, kerja tak jalan.  Apabila kita bayar, sikit-sikit minta wang lagi. 

“Mungkin mereka guna duit tidak betul sehingga kerja jadi tergendala.  Peruntukan membayar pekerja dan membeli bahan binaan juga mungkin kehabisan. 

“Balkoni, lantai, itu dan ini semuanya tak siap.  Akhirnya mereka lagi.  Sekarang saya terpaksa buat pelan B dengan melantik kontraktor baharu menyudahkan semua kerja,” katanya kepada BH Online. 

Dalam video tersebut, Che Ta juga menunjukkan apa yang sepatutnya menjadi bilik kepada puterinya, Aaisyah Dhia Rana yang tidak siap. 

Kredit Foto: Instagram @rozitachewan1

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 17 Oct 2021

“Alhamdulillah”- Berat Badan Naik 15 KG, Elyana Kongsi Perkembangan Terkini

Umum maklum keadaan penyanyi Elyana yang menghidap kanser limfoma sejak dua tahun lalu. Perkembangan kesihatan Elyana kini dilihat semakin memberangsangkan dan menunjukkan tanda tanda positif. Menurut Elyana, setelah selesai menjalani rawatan kemoterapi sesi kedua sejak […]

Hiburan Mon, 10 Dec 2018
Hiburan Mon, 16 Dec 2019

Adlin Aman Ramlie Dan Keluarga Pula Menunaikan Umrah

Pelakon dan pelawak, Adlin Aman Ramlie dan isterinya, pelakon Emelda Rosmila serta anak angkat mereka, Edra Rafael kini berada di tanah suci untuk mengerjakan ibadah umrah.  Berita ini dikongsikan oleh Adlin menerusi satu entri di […]

Hiburan Thu, 9 May 2019

Nak Kahwin Punya Pasal, Shah Rukh Khan Terpaksa Menipu!

Cubaan Shah Rukh Khan tidak sia sia memikat hati Gauri

Featured Wed, 25 Jan 2023
Featured Fri, 27 Sep 2024
Featured Mon, 12 Sep 2022

“Hari-Hari Saya Rasa Bersalah” – Anak, Isteri Ikmal Amry Trauma Selepas Kemalangan

Alhamdulillah semua selamat.. Semoga dipermudahkan segala urusan sekeluarga 🤲🏼

error: Content is protected !!