Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 13, 2024 @ 2:49pm

Kesal Suami Difitnah Seleweng Duit Syarikat, Watie Hanifiah Dedah Shuib Guna Wang Simpanan Bayar Gaji Pekerja

Isteri pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah menepis dakwaan suaminya itu menyeleweng wang syarikatnya, Bubblebee Sdn Bhd.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, mendedahkan Shuib menggunakan wang simpanan sendiri bagi membayar gaji pekerja.

“Dia bertahun tak ambil gaji, setiap bulan mesti tambah duit poket sendiri untuk bayar gaji pekerja,” tulisnya.

Watie berkata demikian dalam perkongsian yang memaparkan tangkap layar berita melaporkan Shuib terkilan apabila didakwa menyalahgunakan wang syarikat bagi tujuan menunaikan umrah.

Malah, dalam perkongsian sama Watie turut memaklumkan masalah kewangan dalam syarikat suaminya itu berpunca daripada pengurusan terdahulu.

“Pengurusan lama yang bermasalah tapi hujung-hujung, dia yang kena fitnah. Semoga suamiku diberi ketabahan. Insya-Allah, dia tahu halal dan haram,” katanya.

Terdahulu, Shuib bersama pengarah syarikat Bubblebee Sdn Bhd, Kho Choon Guan, 33, didenda RM17,500 selepas mengaku bersalah terhadap tujuh pertuduhan termasuklah tunggakan caruman Perkeso, tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Didenda RM17,500 Tak Bayar Caruman Perkeso, Shuib Sedia Hadapi Ujian Perniagaan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 22 Sep 2019

“Alhamdulillah Ada Yang Nak Anak Saya” – Dato’ Rosyam Nor

Tahniah Dato’ Rosyam kerana terima menantu

Featured Thu, 8 Sep 2022
Hiburan Tue, 9 Dec 2025

“Ambil Wuduk Pun Buat Saya Tenang, Solat Macam ‘Dating’ Dengan Allah” – Nadia Brian

Nadia mengakui amalan solat adalah sumber kekuatan terbesar dalam hidupnya

Trending Fri, 18 Jun 2021

Inisiatif e-Payroll KWSP Bantu Kurangkan Kos PKS, Usahawan – Tengku Zafrul

Inisiatif ini untuk bantu golongan peniaga -peniaga kecil kita

Hiburan Fri, 7 Feb 2020

Betul Ke Kamal Adli Dan Hannah Delisha Kena Kahwin ‘Paksa’ ?

Tengok gambar pun dah sweet, inikan pulak cerita dia!

Hiburan Sun, 25 Jan 2026

Saksikan ‘Madu Tiga Live In Concert’ Bersama MPO, PMX Hargai Legasi P. Ramlee

Karya Allahyarham P. Ramlee bukan sekadar hiburan, sebaliknya menjadi cerminan nilai, budaya dan identiti seni negara.

Featured Tue, 17 May 2022
Featured Sat, 28 Jun 2025
error: Content is protected !!