Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin November 9, 2023 @ 4:22pm

Syed Saddiq Berdepan Hukuman Penjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta & 2 Sebatan

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun, dua kali sebatan serta didenda RM10 juta selepas didapati bersalah terhadap empat tuduhan pecah amanah, salah guna wang dan pengubahan wang haram dana Armada Bersatu.

Memetik laporan Berita Harian, Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid mengenakan hukuman itu selepas mendengar hujahan dari peguam bela Haijan Omar dan Gobind Singh Deo untuk meringankan hukuman dan hujahan pemberatan hukuman oleh pihak pendakwaan.

Menurutnya, bagi kesalahan bersubahat pecah amanah wang ARMADA berjumlah RM1 juta, Azhar memerintahkan Syed Saddiq dipenjara tiga tahun dan satu sebatan.

Manakala, bagi tuduhan salah guna wang RM120,000 pula, Syed Saddiq diperintahkan hukuman penjara dua tahun dan juga satu sebatan.

Selain itu, bagi satu tuduhan pertama pengubahan wang haram pula, Syed Saddiq diperintahkan menjalani hukuman penjara lima tahun dan denda RM5 juta serta tambahan dua tahun penjara jika gagal membayar denda.

Bagi tuduhan kedua penggubahan wang haram, Syed Saddiq perlu menjalani hukuman penjara selama dua tahun dan didenda RM5 juta serta tambahan dua tahun penjara jika gagal membayar denda berkenaan.

Azhar juga memerintahkan supaya kedua-dua hukuman penjara bagi kesalahan pengubahan wang haram terbabit, supaya berjalan secara serentak.

Dalam pada itu, Azhar membenarkan permohonan  untuk menangguhkan hukuman penjara dan denda serta sebatan sementara rayuan dikemukakan di Mahkamah Rayuan dan mengarahkan syarat jaminan dikekalkan.

Syarat jaminan yang dikenakan terhadap Syed Saddiq sebelum ini ialah, dia dikenakan wang jaminan sebanyak RM330,000 bagi semua pertuduhan dan dikehendaki menyerahkan pasport sehingga kes selesai serta melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhampiran setiap sebulan sekali.

 

Sumber: Berita Harian

Kredit foto: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Wed, 25 Feb 2026

3 Drama Paling Panas, 3 Ujian Hati Paling Berat… Sepanjang Ramadan Hanya di TV3

Kerana Cinta Itu Dusta, Khianat Yang Terpilih & Bila Cinta Menjadi Dosa bakal menghangatkan Ramadan di TV3!

Selebriti Mon, 9 Oct 2023
Trending Fri, 29 Jan 2021

Hafiz Hamidun Bakal Tampil Dengan Konsert ‘Virtual’ Marhaba

Tak sabar rasanya nak dengar album Marhaba

Trending Wed, 2 Sep 2020
Featured Thu, 26 Jan 2023
Featured Tue, 21 Apr 2020
Hiburan Tue, 26 Mar 2019

Justin Bieber Umum Mahu Rehat Dari Karier Tapi…

Mungkin dah terlalu penat, Bieber perlukan masa untuk buat comeback. Yang pasti, ramai yang tertunggu-tunggi lagu baharu Bieber.

Trending Tue, 27 Feb 2018

Belanja Lebih RM2,000 Untuk Merasai Hidangan Pelik

Logik tak logik tetapi inilah yang berlaku dimana pasangan ini sanggup membelanjakan RM2,000 ungtuk merasai hidangan pelik di sebuah restoran antara terbaik di dunia

error: Content is protected !!