Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 8, 2025 @ 12:46pm

“Saya Bukan Orang Yang Menjual Cerita Peribadi Untuk Dapat Engagement”- Sharifah Sakinah

Pelakon popular, Sharifah Sakinah akhirnya tampil membuka mulut susulan dakwaan terlalu merahsiakan perkahwinannya bersama suami, Cyril yang merupakan seorang pelukis grafiti terkenal di Perancis.

Kata Sakinah, dia bukanlah tidak mahu menunjukkan wajah suaminya itu namun, menunggu masa yang sesuai untuk diperkenalkan kepada khalayak.

Jelasnya, hal rumah tangga merupakan hal privasi untuknya apatah lagi menganggap dia bukanlah mahu mendapatkan perhatian di media sosial.

“Dia bukan tak nak tunjuk, dia kena ada waktu yang sesuai.

“Saya ni bukan jenis yang suka tunjuk gambar bercinta, saya bukan jenis yang menjual saya punya personal life untuk dapat engagement di sosial media.

“Ini bukan sombong. When it comes, it comes,” katanya ketika ditemu bual bersama program Melodi.

Mengulas lanjut, pemilik nama lengkap, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 36, ini berkata, dia tidak melihat kehadiran suaminya sebagai jodoh yang sempurna, sebaliknya lebih memilih untuk menjalani kehidupan dengan cara yang baik dan bahagia.

“Basically, dia orang luar saya rasa anda semua dah tahu… saya tak nak benda ni keluar dari mulut saya takut nanti saya pula yang kena maki dengan husband saya.

“Sebab sebelum ni dia sendiri bagitahu jangan nak reveal apa-apa personal life. Tapi kita pun public figure kita tahu kita kena hormat media, netizen dan sebagainya. Dan apabila mereka nak tahu, saya bagitahu yang limited sahaja.

“Inshaa-Allah doakan yang terbaik untuk saya. Saya happy.

“Saya takkan cakap dia yang terbaik untuk saya, tapi apa yang terbaik untuk saya adalah diri saya. Sebab saya tak bergantung emosi atau kewangan kepada sesiapa kerana saya masih menganggap diri saya sebagai ‘single mom’… anak saya pun tak kan panggil dia Papa dan we have to know our boundries and everything.

“Seperti biasa saya masih lagi aktif berlakon, dan dia hanyalah companion into my life, yang buat saya gembira,” jelasnya.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 23 Jan 2020

[Viral] Isu Foto Tidak Bertudung Tular, Ali Gatie Backup Sharifah Rose?

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak langkah buruk padahnya

Hiburan Mon, 10 Feb 2025
Featured Wed, 27 Apr 2022
Hiburan Fri, 30 Nov 2018
Featured Mon, 16 Feb 2026

“Ini Bukan Soal Ego, Tapi Soal Kedamaian Tu Datang Sementara”- Derita Dalam Diam, Nabila Huda Akui Sudah Penat

Katanya, situasi yang dihadapinya itu bukanlah melibatkan soal ego untuk berdamai seperti yang sering didakwa segelintir pihak melainkan,  sudah ‘penat’ untuk berjuang sendirian.

Trending Thu, 3 Dec 2020
Hiburan Mon, 25 Feb 2019

Sherry Al Hadad Kunjungi Kediaman Bekas Wartawan 999

Semoga Allah SWT kurniakan kesihatan yang baik buat Abang Mazidul. Insya Allah…

Trending Hari Ini Mon, 15 Jun 2020
Hiburan Thu, 24 Oct 2019
error: Content is protected !!