Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida February 25, 2019 @ 12:25am

Sherry Al Hadad Kunjungi Kediaman Bekas Wartawan 999

Berita mengenai wartawan program 999, Mazidul Akmal Sidek diserang penyakit angin ahmar pada Jun 2014 ternyata mengejutkan orang ramai.

Mazidul yang kini berusia 52 tahun mendapat kunjungan daripada ramai kenalan di semua peringkat sejak hampir lima tahun lalu.

Baru-baru ini, pengacara Sherry Al Hadad turut mengunjungi kediaman bekas wartawan penyiaran terkenal itu.

Menerusi laman Instagram Sherry, dia turut memuat naik beberapa keping gambar memaparkan wajah Mazidul yang dilihat semakin pulih. 

“Semalam kami dari team The Sherry Show melawat wartawan penyiaran yang sangat di kagumi abang Mazidul Akmal Sidek di kediamannya.

“Terkenal dengan falsafah hidupnya ‘berbisa, lantang dan berani’. Terima kasih kerana sudi menerima kunjungan kami. 999 jenayah membawa padah. Kami sentiasa mendoakan kesihatan abang.” tulisnya. 

Rata-rata pengikut di IG Sherry mendoakan agar Mazidul kembali sihat seperti sedia kala. 

Berita Mazidul diserang angin ahmar mengejutkan dunia kewartawanan apabila diserang strok pada 2014 dan menjalani tiga kali pembedahan di bahagian kepala iaitu dua kali pada 2014 dan Ogos 2016 di Hospital Kuala Lumpur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Mar 2023
Hiburan Thu, 12 Mar 2026

Sophia Albarakbah Terkilan Masih Ada Sokong Cetak Rompak

Sophia Albarakbah meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir pihak yang memilih menonton filem Amira Amir melalui aplikasi tidak sah

Hiburan Fri, 7 Dec 2018

《尸杀军营》旋风式来马宣传!盼掀起丧尸潮创票房佳绩

《尸杀军营》导演和两位主演旋风式来马宣传,盼掀起丧尸潮创票房佳绩!

Hiburan Wed, 12 Mar 2025

Aktif Lahirkan Usahawan Baharu, Zamshuri Ramli Rindukan Dunia Lakonan

Kini aktif dalam bidang perniagaan, Datuk Zamshuri Ramli rindukan lakonan.

Featured Fri, 8 Jul 2022
Hiburan Thu, 27 Jul 2023
Hiburan Thu, 13 Feb 2025
error: Content is protected !!