Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 10, 2025 @ 6:42pm

[VIDEO] Da’i Syed Terima Dugaan, Kurang Tawaran Kerja Tapi Tetap Bersyukur

Pelakon dan pendakwah bebas sensasi, Da’i Syed mengakui kurang menerima tawaran kerja setelah terbabit dalam kes mahkamah sejak tahun lalu,

Ketika ditemui XTRA, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk membintangi filem Dajal: Satu Malam Dipedajal terbitan MIG meskipun dilanda kontroversi.

“Alhamdulillah filem ini adalah pembuka rezeki buat saya bagi tahun 2025. Sejujurnya, saya memang tiada tawaran kerja sebelum ini. Jadi, saya ingin ucapkan terima kasih buat MIG dan pengarah kerana sudi memanggil saya.

“Mungkin ini juga rezeki anak dan isteri saya. Saya hanya menumpang rezeki mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Syed turut menepis dakwaan mengatakan namanya sudah digam oleh mana-mana produksi susulan kes mahkamah yang masih berjalan.

“Kalau orang takut, takkan MIG mahu ambil saya berlakon. Saya pun tidak pasti. Kena tanya kepada pengarah atau produser. Apapun, saya akan sentiasa bersikap profesional. Apa sahaja tawaran yang diberikan, saya pasti akan buat yang terbaik,” jelasnya.

Syed berkata demikian ketika ditemui di malam gala tayangan filem Dajal yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.

Meskipun sumber rezekinya terjejas, namun Syed berkata dia kini memberi tumpuan kepada bisnes yang dijalankan bersama isteri, Hana Ismail.

“Walaupun tiada tawaran dalam bidang seni, saya masih ada perniagaan yang menjual batu permata daripada Mesir. Saya dan isteri sedang giat jalankan bisnes tersebut.

“Walaupun saya tidak menerima tawaran-tawaran lain, tapi saya dapat tawaran daripada Allah untuk melihat anak saya membesar,” ujarnya.

Ogos tahun lalu, Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Seksyen, Shah Alam kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Aslam Zainuddin membenarkan permohonan peguam yang mewakili Syed, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff untuk dibebaskan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi selepas 21 hari ditahan di Penjara Kajang.

Filem Dajal arahan Pierre Andre sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 6 Februari.

Selain Syed, Dajal turut dibintangi Amir Nafis, Bidin Al Zaifa, Khatijah Tan, Jay Iswazir, Jaja Iliyes dan Hanna Halim.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Wed, 11 Jan 2023

Buat Persiapan Awal Untuk Anak-Anak, Puteri Sarah Khuatir Meninggal Di Usia Muda

Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan sudah membuat segala persiapan jangka masa panjang buat anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah untuk meneruskan kelangsungan hidup. @mr.rullano Bagusnya Puteri Sarah buat planning untuk anak2 die. Bersedia in any situation. […]

Trending Mon, 10 May 2021

Rap Der Raya Gabungkan 6 Penyanyi Rap Tempatan

Penyanyi rap Yonnyboii, Kmy Kmo, Luca Sickta, Siqma, ASYRAF NASIR dan Abubakarxli kini muncul dengan lagu Rap Der Raya yang 90 peratus bertemakan genre hip-hop yang segar. Rap Der Raya ciptaan asal Yonnyboii dan diberi […]

Hiburan Fri, 1 Aug 2025
Hiburan Thu, 21 Dec 2017

Kenapa Izara Aishah Tutup Ruangan Komen,

Izara Aishah Tutup Ruangan Komen, Tidak Mahu Baca Fitnah

Hiburan Fri, 24 Apr 2020
Hiburan Wed, 28 Feb 2018

杨采妮帮儿庆生「小黄花」4姐妹合体

43岁「玉女掌门人」杨采妮2017年4月底宣布顺利生下一对双胞胎儿子,她近日为一对双胞儿提前庆生,好姐妹梁咏琪、李心洁及许茹芸也分别携家带眷参加庆生趴。梁咏琪事后还PO出数张庆生照,4女神久违同框,引起不少粉丝关注。

Featured Thu, 15 Dec 2022
Trending Sun, 14 Feb 2021

“Darah Merata-Rata, Degupan Jantung Jadi Laju” – Awal Ashaari Cerita Pengalaman Kelahiran Anak Kedua

Pengacara Melodi, Awal Ashaari mencoretkan pengalaman melihat proses kelahiran anak keduanya. Menerima kehadiran bayi perempuan pada Jumaat lalu, Awal menceritakan pengalaman terbabit menerusi sebuah hantaran terbaru di laman Instagram miliknya. “The calm before the storm. […]

error: Content is protected !!