Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 14, 2021 @ 3:45am

“Darah Merata-Rata, Degupan Jantung Jadi Laju” – Awal Ashaari Cerita Pengalaman Kelahiran Anak Kedua

Pengacara Melodi, Awal Ashaari mencoretkan pengalaman melihat proses kelahiran anak keduanya.

Menerima kehadiran bayi perempuan pada Jumaat lalu, Awal menceritakan pengalaman terbabit menerusi sebuah hantaran terbaru di laman Instagram miliknya.

“The calm before the storm. Tak pernah Awal bayangkan perasaan dapat melihat sekali lagi proses kelahiran.

“All I can say, it was MAGICAL. The calmness, laungan ayat Al-Quran, bunyi heart beat monitor, doctor’s pink boots dan tiba-tiba keadaan jadi sedikit kelam kabut, blood everywhere, heart beat jadi laju dan keluarlah seorang bayi yang diselaputi wax putih, tertonggeng sambil tapak kakinya di pukul.. Mulutnya dimasukkan tube kecil..

“Nangislah.. Nak dengar nangis sikit..” kata nurse tu.

“Uweek..” sekali bunyi… Tapak kakinya dipukul lagi.. Mulutnya dicucuk lagi..

“Uweeeekkk… Uweeeekkkk.. Uwaaaaaaaaaaaak..” dan terus tali pusatnya di potong dan di bawa ke atas meja,” tulis Awal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

Suami kepada pelakon Scha Alyahya ini juga bersyukur kerana dapat menyaksikan proses kelahiran anak keduanya.

“Ya Allah, Aku bersyukur dapat sekali lagi menjadi saksi kepada keajaiban ini.. To all proffesional doctors and nurses, thank you so much for the amazing experience.

“Terima Kasih kerana membuatkan saya dan isteri sangat tenang serta membantu melahirkan anak kedua kami,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Welcome To The World Baby L” – Lara Alana Dah Jadi Kakak, Scha Alyahya & Awal Ashaari Sambut Kelahiran Baby Girl!

Scha selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.2 kilogram pada pagi Jumaat lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 13 Nov 2020
Hiburan Fri, 16 Feb 2024
Featured Tue, 19 Dec 2023

Alami Jangkitan Jantung & Paru-Paru, Isma Aliff Terpaksa Ditidurkan

Moga dipermudahkan semu urusan abang Isma Aliff💗

Hiburan Mon, 3 Feb 2025
Trending Fri, 15 Feb 2019

Dicabar Bumi Sebenarnya Sfera, Dr Sheikh Muszaphar Tampil Dengan Penjelasan Padu!

Bentuknya bukan seperti bola, lebih seperti telur. Setiap orang harus ke angkasa lepas jika diberi peluang…

Hiburan Wed, 8 Nov 2023

Sedia Berkhidmat Sebagai Jurulatih PLKN, Nourul Deep Tawar Diri Suntik Motivasi Kepada Generasi Muda

Bagus jugak tu! Lagipun Nourul memang pakar motivasi. Selayaknya🔥🔥🔥🔥

Hiburan Wed, 13 Aug 2025
Trending Thu, 31 May 2018

Fuh…Setengah Juta Peminjam PTPTN Boleh Tarik Nafas Lega!

Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum ke-14 telah berjanji untuk memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam PTPTN dan menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam  yang bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan.

error: Content is protected !!