Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 9, 2024 @ 7:47pm

Bekas Kupu-Kupu Malam Dah Bertaubat Tapi Kembali Dihantui Dosa Lama? Telefilem Tonton Eksklusif: Perempuan Paling Merana Dapat Sambutan Hangat!

Antara tanda-tanda Allah SWT menerima taubat seseorang ialah apabila sikap dan akhlaknya berubah, jiwanya menjadi dekat dan kasih dengan masjid, akhlak dan bahasanya baik serta dia merasa seronok untuk melakukan ibadat serta dia tetap berterusan memohon keampunan kepada Allah SWT.

Memetik sumber artikel ‘Tanda Allah SWT Menerima Taubat Seseorang’ yang disiarkan di laman web Mufti Wilayah, perkara yang disenutkan tadi merupakan antara tanda Allah SWT menerima ibadatnya.

Namun, apakah yang bakal terjadi jika dosa lama kembali menghantui diri seseorang walaupun dia sudah bertaubat?

Itu merupakan situasi yang dihadapi oleh Saleha (lakonan Mimi Lana) yang diganggu oleh Pak De (lakonan Zamarul Hisham).

Pak De mengganggu Saleha dan mula mengungkit kesalahan Saleha yang pernah menjadi perempuan malam, sedangkan Saleha sudah pun bertaubat kepada Allah dalam Perempuan Paling Merana.

Jangan lupa saksikan telefilem terbaharu Tonton Eksklusif: Perempuan Paling Merana yang menemui penonton pada 5 Jun 2024 ini di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

Tonton Eksklusif: Perempuan Paling Merana merupakan hasil terbitan Anomalous Films dan diarahkan oleh Syed Fariz. Telefilem ini bakal membuatkan penonton ternanti-nanti akan apakah kesudahan perkahwinan mereka ini.

Telefilem ini menampilkan barisan selebriti popular tanah air seperti Mimi Lana, Fikry Ibrahim, Zamarul Hisham, Zarina Zainuddin dan dibantu oleh barisan pelakon baharu seperti Puteri Rayyana Rayqa, Husna Mustaffa dan Nizam Kama.

SINOPSIS:

Saleha (Mimi Lana) adalah isteri kepada seorang ahli perniagaan berjaya iaitu Amir (Fikry Ibrahim). Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Nurain (Puteri Rayyana Rayqa) sepanjang 8 tahun membina mahligai bahagia. Amir merupakan seorang suami yang penyayang dan warak. Segala keperluan seorang isteri dipersiapkannya.

Malah, Saleha yang dikahwininya pula adalah seorang wanita yang berpegang teguh kepada agama dan merupakan sukarelawan NGO (Non-governmental Organization) untuk mengisi masa senggangnya. Di samping itu, Saleha bertuah kerana mempunyai keluarga mertua yang sangat baik, lebih-lebih lagi ibu mertuanya (Zarina Zainudin) yang sangat menyayangi dirinya dan menganggap Saleha seperti anaknya sendiri memandangkan Saleha adalah anak yatim.

Pada suatu hari, keluarga Amir membuat majlis kesyukuran untuk menyambut kepulangan Pak De’ (Zamarul Hisham) setelah lama merantau. Pak De’ adalah adik angkat arwah bapa Amir yang telah dianggap ahli keluarga rapat oleh seluruh keluarga Amir. Tetapi sejak Amir dan Saleha berkahwin, tidak pernah sekali pun Saleha berjumpa dengan Pak De’ sehinggalah pada hari majlis kesyukuran tersebut.

Ketika majlis berlangsung Saleha ternampak satu susuk tubuh yang seperti sangat dikenalinya yang sudah lama dia tidak berjumpa. Saleha merasa cemas kerana lelaki itu merupakan seseorang yang datang dari masa silamnya. Adakah kehadiran Pak De’ bakal menghantui kehidupan dan kebahagian Amir dan Saleha?

Jangan lupa saksikan Tonton Eksklusif: Perempuan Paling Merana di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my dan muat turun aplikasi Tonton di Apps Store dan Play Store sekarang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 6 Nov 2020
Featured Fri, 5 May 2023

“My Next Girlfriend Will Never Be An Artis, Pelakon!” – Sharnaaz Ahmad Mahu Wanita Biasa

Siapa la yang akan bertakhta di hati Mamuu ekk 😚😚 Dah la segakkk!

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

「亲爱的女孩」Eunice何沛璇唱出“90后”的心声

“能量系女孩”Eunice何沛璇带着个人全新EP《亲爱的女孩》将于1月6日打头阵举办EP同名听歌会,以自己创作的歌曲唱出“90后”心声,为新的一年渲染最强正能量!

Hiburan Fri, 31 Jan 2025

Intan Najuwa Dedah Wajah Anak, Ramai Puji Imane Lunara Comel!

Intan Najuwa kongsi wajah Anak, ramai kata persis suami

Hiburan Wed, 24 Jan 2018

Jiwa & Hati Tenang Bila Mengenakan Tudung

Alhamdulillah bila sudah bertudung, jiwa saya rasa lebih tenang

Hiburan Sat, 17 May 2025
Hiburan Mon, 29 Jul 2019
Contest Mon, 26 Aug 2019

xtra好康头 | 送你林子祥《开心演唱会2019》云顶站入门票

xtra好康头 送你林子祥《开心演唱会2019》云顶站入门票,让他用微笑征服你的心,见识不一样的林子祥。

error: Content is protected !!