Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain February 20, 2024 @ 10:44am

Kondisi Kesihatan Terkini Zamani Bukan Penghalang Untuk Slam Beraksi Di DFP

Penyanyi kumpulan Slam Zamani berkongsi kondisi kesihatannya kini semakin baik.

Terdahulu, kumpulan Slam yang dianggotai oleh Zamani, Shah, Eddie, Man dan Lili itu mengumumkan mereka bakal beraksi di Dewan Filharmonik Petronas buat pertama kali pada 8 Jun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kental Digelar Band Kampung, Slam Bakal Beraksi Di DFP 8 Jun Ini!

Teruja untuk beraksi di pentas berprestij itu, Zamani yakin dia dapat menjayakan konsert itu dengan lancar.

“Alhamdulillah, kesihatan saya baik setakat ini dan saya harap semuanya okay pada malam konsert nanti. Namun, saya akui keadaan kesihatan tidaklah berada pada tahap 100 peratus baik tapi bolehlah.

“Setakat ini, semuanya okay sahaja kerana saya juga menyanyi setiap hari jika tidak susah nak cari momentum itu semula.

“Stamina perlu ada tapi kalau dibantu dengan aspek teknikal yang baik, insya-Allah semua boleh,” katanya.

Dalam pada itu, Shah selaku pemain gitar kumpulan itu berkata dia akan memastikan vokalis utama kumpulan itu mendapat rehat secukupnya menjelang hari konsert nanti.

“Kami percaya Zamani pandai menjaga kesihatannya sebab buat konsert memang memerlukan tenaga yang cukup. Kami juga pastikan Zamani cukup rehat selang beberapa minggu ketika sesi latihan sebelum ini,” katanya.

Shah juga menyatakan mereka yakin dengan kemampuan Zamani memandangkan dia berjaya menghiburkan peminat dalam konsert yang berdurasi selama tiga jam, baru-baru ini.

“Orang luar hanya nampak Zamani kurang sihat, jadi orang persoalkan kredibilitinya. Sedangkan, mereka terlepas pandang dalam konsert selama tiga jam, baru-baru ini, Zamani okay sahaja.

“Jadi kami berharap ketika persembahan di DFP nanti semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gelaran ‘Kampung’ Tak Beri Kesan Pada Slam – “Itu Maksudnya Peminat Faham Konsep…” 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 24 Jul 2023
Selebriti Sun, 16 Jul 2023
Trending Tue, 29 Sep 2020
Trending Fri, 17 Jul 2020
Trending Wed, 12 Feb 2020
Featured Mon, 14 Nov 2022

Band K-Pop Popular Korea EPEX Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Pada 6 Januari 2023, Harga Tiket Bermula Dari RM288!

Wow wow wow! Kpop fans where yall at? Jangan lepaskan peluang ini gais 🤩🤩🤩

Hiburan Fri, 27 Jul 2018

Zahirah MacWilson Tak Tolak Jodoh Sesama Artis

Ditanya kehidupannya sejak bergelar solo, kata Zahirah dia kini lebih happy!

Trending Thu, 2 Jul 2020

Anak Bawah Umur 18 Tahun Layak Dapat BSH RM480, Ini Syaratnya…

Semoga BSH ini dapat meringankan beban. Alhamdulillah

error: Content is protected !!