Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin August 24, 2024 @ 5:25pm

“Kami Tidak Perlu Tukar Kerana Mahu Nilai Eksklusiviti…” – De Fam Nekad Kekalkan Lirik & Susunan Muzik Lagu Alamak Raya Lagi!

Kumpulan De Fam nekad untuk tidak menukar lirik mahupun susunan muzik asal lagu raya popular mereka berjudul, Alamak Raya Lagi!.

Menurut Cik Manggis atau nama penuhnya, Nurshazwani Shamsuddin, De Fam akan mengekalkan keaslian lagu itu sesuai dengan generasi muda yang membesar dengan mendengar lagu tersebut.

Malah, De Fam juga berbesar hati apabila lagu Alamak Raya Lagi! kerap menerima permintaan untuk dinyanyikan walaupun bukan pada musim perayaan.

“Lagu itu kerap diminta untuk dinyanyikan walaupun bukan pada musim perayaan. Dan, sudah tentu kami berbesar hati melihat populariti Alamak Raya Lagi! yang bukan bermusim, bahkan menjadi pilihan ramai pada bila-bila masa.

“Bagi kami tidak perlu untuk buat satu lagi versi yang bukan berasaskan elemen raya kerana kami mahu kekalkan keaslian serta nilai eksklusiviti lagu itu sebagai lagu raya evergreen,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DE FAM (@defamofficial)

Berkongsi mengenai perkembangan terkini, De Fam memaklumkan mereka akan tampil dengan lagu single terbaharu dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, enggan berkongsi lanjut mengenai perkara itu yang dianggap sebagai ‘surprise’ buat peminat.

De Fam bakal melancarkan single baharu dalam masa terdekat tetapi tajuknya belum boleh kami kongsikan lagi.

“Konsepnya akan membawa kembali kepada corak karya ketika kami muncul sekitar sembilan tahun dulu yang tentunya memenuhi keinginan pendengar,” kongsinya.

Terdahulu, selain De Fam, 6ixth Sense dan Ella, pentas mega After Race Fest bersempena perlumbaan MotoGPTM yang berlangsung di Helipad Litar Antarabangsa Petronas Sepang (SIC), pada 3 November depan akan dihangatkan dengan kehadiran penyanyi  rap Amerika Syarikat (AS), Maclemore, band rock yang popular, Smash Mouth, Nidji dan Feel Koplo .

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 24 Mar 2023
Featured Sun, 26 Apr 2020

Rakyat baru pulang dari Indonesia paling tinggi positif COVID-19

Langkah Kerajaan mewajibkan kuarantin 14 hari berkesan

Featured Sat, 16 Apr 2022
Featured Fri, 14 Apr 2023

“Yang Mendengar Tak Ada Otak Ke?” – Reen Rahim Perjelas Tohmahan Pemalas Bangun Sahur

Siapa je yang tak marah kalau kena tuduh bukan-bukan kan😡😡😡

Trending Fri, 13 Dec 2019

Skuter ”First Medical Respond” Dari KKM

Atasi Jalan Jammed & Ambulans Lewat

Featured Wed, 24 Dec 2025

Nadia Annuar Beri Nasihat Pilih Pasangan Berkemampuan, Tegur Lelaki ‘Kuat Mimpi’ Tapi Tak Ada Kerja Tetap

Kata Nadia, isu kewangan tidak wajar dipandang remeh, terutama apabila melibatkan lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap namun,  ghairah mengejar impian bergelar ‘bos’.

Featured Wed, 1 Mar 2023

Malaysia Pilihan MUSE! Konsert ‘The Will of The People’ Berlangsung Pada 29 Julai 2023

Fuhh power lah Malaysia! Kena cepat-cepat beli sebelum sold out

Trending Fri, 24 Jan 2020
error: Content is protected !!