Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 7, 2024 @ 8:46pm

Terlibat Kemalangan, Rakan Maut Di Tempat Kejadian… Reedzwann Berada Dalam Keadaan Trauma – “Saya Reda & Sedang Kawal Perasaan”

Penyanyi Reedzwann terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, Perak pada pagi Sabtu.

Namun begitu, rakannya, Nuraisyatul Humairah Mohd Radzi, 20, yang duduk di bahagian penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Reedzwann tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi di Kilometer 363.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Slim River, Perak itu, Reedzwan yang memandu MPV berlanggar dengan sebuah lori.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku itu membuatkan Reedzwann masih trauma dan tidak dapat memberikan sebarang penjelasan lanjut mengenai kemalangan itu.

“Kejadian ini membuatkan saya sangat trauma dan sedang mengawal perasaan supaya tidak menangis. Saya perlu reda kerana apa yang berlaku adalah satu ketentuan.

“Saya juga diberi nasihat oleh peguam supaya tidak memberikan apa-apa kenyataan buat masa ini kerana tidak mahu kenyataan saya bercanggah dengan siasatan polis.

“Saya hanya akan memberikan kenyataan selepas mendapat jawapan. Cuma apa yang boleh saya kongsikan kejadian itu berlaku ketika saya dan arwah sedang dalam perjalanan ke rumah ibu dan ayahnya,” katanya.

Tambah penyanyi lagu Tercipta Satu Senyuman itu, setakat ini dia berada dalam keadaan baik namun dia masih belum membuat pemeriksaan kesihatan.

“Saya belum sempat membuat sebarang pemeriksaan kesihatan di hospital sebab saya baru saja selesai beri keterangan di balai polis.

“Cuma saya bersyukur dapat melihat dia buat kali terakhir dan saya juga individu terakhir yang bersama sewaktu dia masih hidup,” katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan seorang wanita maut selepas kereta yang dinaiki bersama rakan terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, dekat Slim River.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 14 Mar 2025
Featured Tue, 28 Mar 2023
Hiburan Thu, 11 Jan 2018

INSAF LAH WAHAI LAHANAT! FATHIA LATIFF DIKECAM LAGI

Semoga Fathia Latiff menjadikan komen dari netizen itu sebagai sesuatu yang positif untuk berjaya pada masa akan datang

Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Tiada Lagi Konsert Afgan Di KL?

Omg…betul ke ni?

Hiburan Thu, 1 Feb 2024
Featured Thu, 17 Apr 2025

Dr Maza Puji Karya Erma Fatima – “Hebat Bagi Sebuah Karya Seni Yang Berjaya Bakar Jubah ‘Walid’..”

Naskhah yang disifatkan sebagai ‘teguran’ itu menyebabkan ramai dalam kalangan ‘walid’ kini sudah mula berasa kurang senang.

error: Content is protected !!