Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 6, 2024 @ 1:42pm

Yusof Haslam Batal Percutian Demi Bantu Mangsa Banjir – “Lebih Baik Duit Tu Sedekah Pada Mereka”

Penerbit dan pengarah filem Box Office, Sembilu, Datuk Yusof Haslam mengambil keputusan membatalkan percutiannya bersama keluarga keluar negara seperti yang dirancang baru-baru ini.

Katanya, keputusan dibuat dek kerana memikirkan situasi banjir yang menimpa rakyat Malaysia sekaligus menganggap adalah tidak manis dan sesuai untuk menggunakan masa ini pergi bercuti.

” Tak pergi mana-manalah. Dalam keadaan hujan dan banjir yang berlaku menyebabkan rakyat Malaysia pun muram. Jadi, kami sekeluarga buat keputusan batalkan perancangan percutian.

“Untuk tahun ini kita berehatlah. Kita tangguhkan dulu dan pada tahun depan pun kita belum fikirkan lagi, fikir kemudian nanti.

“Kita nak pergi seronok-seronok bercuti pun tak selesa sebab mengenangkan ada kawan-kawan dan staf Skop Productions yang kediaman mereka tenggelam akibat banjir di Kelantan. Jadi, lebih baik duit yang ada itu disedekahkan untuk bantu mereka.

“Jadi, kali ini pun saya rasa tak manislah untuk kita sekeluarga ke luar negara bercuti sebab ada antara staf syarikat saya yang bersedih kerana ditimpa musibah berkenaan. Lebih baik saya bantu mereka saja,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, pihaknya juga bercadang untuk melakukan aktiviti bantuan sumbangan apabila keadaan banjir semakin pulih.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 Jul 2024

Ibu Arwah Zulfarhan Osman Mahu Bomoh Terima Hukuman Setimpal – “Saya Nak Biar Dia Rasa Apa Yang Anak Saya Rasa”

Ibu mana yang tak sedih kehilangan anaknya😥 apatah lagi disebabkan laptop dan tilikan bomoh💔

Featured Wed, 4 Jan 2023

Isma Sane Lebih ‘Feel’ Bawa Derita Versi Piano & String

Versi piano dan string ni lagi sedih min dengar

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

‘ Macam Tercekik Sudu, Menyanyi Ke Bercakap Tu?”- Rozita Che Wan Sindir Pereka Fesyen Di IG?

Chuppp no heart feelings. Kami takde isu dengan sapa-sapa pun…tapi daripada satu Malaya carut, baik kami carut dulu kot…

Eat Travel Thu, 19 Jul 2018
Featured Fri, 26 Jul 2024
Hiburan Mon, 15 May 2023
error: Content is protected !!