Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari May 3, 2024 @ 3:31pm

Dipukul Dengan Cota Di Kepala & Badan, Akhyar Rashid Disamun… Hilang Dompet & Telefon Bimbit

Pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid dilaporkan disamun dan mengalami kecederaan.

Memetik laporan Harian Metro, Akhyar atau mesra disapa sebagai Mat Yat cedera di bahagian kepala kerana dipukul oleh individu yang tidak dikenali.

Malah, dia juga kehilangan dompet dan telefon bimbit susulan daripada insiden samun tersebut.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah kondominium di Kuala Terengganu di mana dia baru pulang daripada makan malam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam itu apabila sebaik sahaja Akhyar keluar dari kereta dia diserang dengan senjata yang dipercayai cota pada bahagian kepala dan badannya.

Kemudian, pemain tersebut dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi mendapatkan rawatan.

Namun begitu, Akhyar dimaklumkan berada dalam keadaan stabil.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 19 Dec 2019

Tudung Pakai Buang Pertama Di Hospital UK

Bimbang Jangkitan Kuman, Doktor Malaysia Perkenalkan Tudung Ini. Tahniah!

Events Wed, 29 Aug 2018

Teater Tanah Airku, Mana Pergi Erma Fatima?

Erma Fatima sebenarnya telah menarik diri daripada pementasan teater tersebut. Bukan kerana merajuk, tetapi?

Trending Tue, 22 Jun 2021

Jom Semak Cara Daftar Insentif Belia RM1,500 Sebulan

Terbuka kepada belia berumur 18-30 tahun

Hiburan Mon, 20 Nov 2023
Hiburan Tue, 23 Sep 2025
Events Fri, 20 Dec 2024
error: Content is protected !!