Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin December 20, 2024 @ 1:20pm

Berduet Bersama Arwah Suami Guna Teknologi AI, PU Syed Tegur Nora Ariffin – “Ia Mendatangkan Keaiban & Tak Dibenarkan Syarak”

Pendakwah bebas popular, PU Syed tampil memberikan respons susulan tindakan penyanyi, Datuk Nora Ariffin yang berduet bersama suaminya menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) pada ‘Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey’ yang berlangsung pada Rabu.

Menurut PU Syed, teguran terbuka itu dibuat selepas seorang pengguna media sosial memintanya untuk memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

Justeru, dia memaklumkan bahawa perbuatan menggerak-gerakkan gambar tanpa tujuan yang baik adalah tidak dibenarkan syarak apatah lagi dengan tujuan untuk menyanyi.

“Saya dapat satu video pendek daripada seorang hamba Allah minta saya respons tentang penyanyi Nora. Dia buat duet bersama dengan gambaran wajah arwah suaminya  dalam satu konsert yang telah dibuat.

“Perbuatan menggerak-gerakkan gambar dengan tanpa tujuan yang baik maka, tidak dibenarkan syarak. Sepertimana yang dinyatakan dalam laman web Mufti Wilayah Persekutuan sepertimana yang saya sebutkan tadi.

“Jadi kepada Nora, saya nasihatkan supaya tidak melakukan perkara serupa itu sebab tidak dibenarkan syarak iaitu menghidupkan gambar dengan tujuan untuk berduet menyanyi,” ulasnya.

Perkaa itu dijelaskan PU Syed menerusi hantaran terkini di platform TikTok miliknya.

Selain tidak dibenarkan syarak, kata PU Syed, perbuataan tersebut juga boleh mendatangkan keaiban kepada arwah khususnya.

Justeru, PU Syed berharap agar pelantun lagu Hanyalah Satu itu mengambil iktibar daripada perkara ini sekaligus diminta untuk menjaga hati suaminya kini.

“Benda tersebut akan mendatangkan keaiban kepada arwah khususnya dan kebetulan juga Nora adalah seorang isteri kepada orang lain jadi kena jaga juga hati suami yang ada ini supaya tidak menyakiti hatinya,” katanya.

Terdahulu, tindakan Nora berduet dengan arwah suaminya, Johan Nawawi sewaktu konset sulungnya baru-baru ini menjadi topik perbualan hangat di platform Threads.

Bahkan, rata-rata warganet mempersoalkan tindakan penyanyi itu yang disifatkan sebagai tidak menjaga sensitiviti arwah suaminya yang telah meninggal dunia sejak 6 tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 8 Feb 2019

‘Allahuakbar…Caption Kau’- Pengarah Nur 2 Kecewa Dengan Siapa Tu?

Beliau turut mengingatkan agar penulis tidak sesuka hati membuka aib orang lain dan sentiasa beringat tentang dosa sendiri.

Hiburan Fri, 9 Mar 2018

SRK Tak Suka Bahasa Hindi?

Walaupun Hindi bahasa pertuturannya namun subjek itu yang paling tidak disukainya sehingga memaksa ibunya, Lateef Fatima, membuat ‘perjanjian’.

Hiburan Sat, 20 Jul 2019

Gosip Tak Berhenti, Fatin Malas Layan Netizen

Fatin Afeefa mengaku tidak berminat untuk melayan komen negatif netizen di media sosial miliknya.

Featured Fri, 3 Apr 2020

Kagum lihat Raja Permaisuri Agong tetap memasak ketika kuarantin  

Turut sedia sarapan untuk Yang di-Pertuan Agong

Trending Mon, 12 Jun 2023
Hiburan Thu, 2 Jan 2025

Didakwa Miliki Dadah, Pelawak Popular Dipenjara 6 Bulan Di Jeddah

Keputusan pelawak dipenjara enam belan di Jeddah dibuat selepas perbicaraan berlangsung pada November lalu

Hiburan Mon, 6 May 2019

Sahur Kurma & Pisang, Alvin Chong Cuba Berpuasa!

Semoga terus bertahan yer Alvin, you can do it!

error: Content is protected !!