Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi January 19, 2023 @ 5:27pm

“Dah Hulur Bantuan, Tak Ucap Terima Kasih, Berani Fitnah Tinggalkan Taik!” – Diana Rafar Tegur Siapa Tu?

Baru-baru ini, perkongsian terbaru pelakon Diana Rafar di Instagram Story yang berbaur seakan tidak berpuas hati terhadap individu telah menimbulkan 1001 persoalan.

Meskipun tidak menyebut nama, Diana atau nama sebenarnya Adiana Abdul Rafar itu meluahkan rasa kesal terhadap individu berkenaan yang tidak menghargai pemberian dan bantuan ikhlasnya.

Menurut isteri kepada pelakon Zamarul Hishan itu, individu berkenaan turut didakwa telah menconteng arang dan menjaja fitnah berkaitan dirinya.

“Tak semua orang hati perut.. betullah orang kata buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali!

“Kita dah hulurkan bantuan tak reti terima kasih tak apa, tapi jangan tinggalkan taik! Fitnah lagi? Tinggalkan cerita yang busuk!

“Canang cerita sana sini yang tak betul.. MasyaAllah..,” tulisnya.

Sementara itu, Diana turut memohon pengikutnya untuk mendoakan individu tersebut agar diberi hidayah daripada Sang Pencipta.

“Kalau siapa followers saya yang baca ni minta sedekahkan Al-Fatihah moga Allah bagi hidayah pada orang macam ini ya,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang respons daripada pihak Diana mahupun suaminya, Zamarul berhubung isu berkenaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 6 Aug 2021
Hiburan Fri, 16 Feb 2024
Hiburan Thu, 17 Jan 2019

Baju Kahwin Elfira Cecah RM30,000 Digayakan Cuma Sejam

Wow, RM 30,000 sejam untuk persalinan busana tradisional yang direka khas buat Elfira

Trending Thu, 26 Apr 2018

网路疯传「电锅安全帽」网友笑:骑着骑着就饿了

有网友在脸书分享一张「电锅」的照片,从背面看起来与一般人家里厨房会出现的电锅大同小异,上面还插着饭匙,没想到照片角度一转,原来这是电锅造型的「安全帽」,拟真程度让网友大赞设计者太有才!

Trending Thu, 15 Jul 2021

Bantuan RM600 Selama 4 Bulan Buat Semua Pekerja Di Malaysia

Melalui inisiatif Program Subsidi Upah 4.0, pihak kerajaan akan menampung sehingga 500 jumlah pekerja bagi setiap majikan bertujuan untuk membantu golongan majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19. Disamping dapat meneruskan operasi syarikat serta […]

Featured Thu, 30 Oct 2025

Anggun Berbusana Putih, Puteri Balqis Umum Sudah Bertunang

Aqish berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dia kini telahpun mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihannya.

Hiburan Thu, 21 Aug 2025
error: Content is protected !!