Euforia Bola 2026
Kes Mahkamah By: Atiqah Johari February 22, 2024 @ 8:32pm

Tak Mahu Mental Anak Terkesan, Shakilla Khoriri Enggan Kes Hadanah Berlarutan… ‘Happy’ Fizi Ali Nak Jumpa Ameena

Pelakon Shakilla Khoriri hari ini hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi sebutan kes hadanah pertama yang difailkan oleh bekas suaminya, penyampai radio Hot FM, Fizi Ali.

Memetik laporan Harian Metro, Shakilla membenarkan bekas suaminya untuk berjumpa dengan anak mereka selama empat hari bermula 1 Mac di atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

Malah, Shakilla juga meluahkan rasa gembira apabila Fizi berhasrat untuk berjumpa dengan Ameena.

“Bia dia (Fizi Ali) kata nak jumpa anak, saya pun ‘happy’ dan beri sajalah dia ambil Ameena selama empat hari.

“Sebagai ibu, saya beri sajalah dia untuk ambil anak. Lagi cepat dia ambil pun tak apa.

“Saya pun tak mahu lebih ramai orang terkesan dengan keadaan yang sedang berlaku,” ujarnya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, pelakon drama Bisik Bisik Gelora ini enggan menyulitkan lagi keadaan yang boleh menyebabkan anak tunggalnya terkesan dengan perkara yang berlaku.

“Saya buat keputusan untuk benarkan Fizi bertemu anak ini untuk menjaga ‘mental health’ Ameena sebab saya tak nak dia terkesan dengan keadaan yang berlaku disebabkan oleh kesalahan ibu ayahnya sendiri,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, dia juga berhasrat untuk tidak mahu kes hadanah ini berlarutan.

“Kalau boleh hari ini saya nak bawa dia berjumpa dengan ayahnya.

“Tetapi saya tak mahu Ameena lihat keadaan yang berlaku har ini sebab dia masih kecil, baru berusia lima tahun. Apa yang berlaku hari ini tak bagus untuk dia,” kata Shakilla.

Sebelum ini, prosiding Sulh tidak menemui penyelesaian kerana tiada kata sepakat daripada kedua-dua belah pihak yang difailkan Fizi pada Disember 2023.

Untuk rekod, Shakilla dan Fizi berkahwin pada 18 Februari 2018 namun sah bercerai pada tahun 2020.

Hasil perkongsian hidup bersama, mereka memiliki seorang anak perempuan iaitu Nurul Ameena Sofia.

Pada 23 Oktober 2023, Fizi telah menamatkan zaman dudanya dengan pilihan hatinya yang merupakan seorang ibu tunggal anak satu iaitu Siti Zulaikha.

Artikel Berkaitan: Selepas 3 Bulan, Fizi Ali Akhirnya Dapat Jumpa Anak -“Terima Kasih Kepada Peguam Dapatkan Kembali Ameena”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 31 Mar 2021

Jadi Artis Termuda Def Jam Malaysia, Kowachee Muncul Dengan Single Pap Tapom

Bakat cilik, Putri Armani, atau lebih dikenali sebagai Kowachee, menjadi nama baru yang tidak asing dalam dunia hiburan. Kowachee bermula sebagai atlet gimnastik artistik Selangor pada usia 4 tahun dan mewakili negeri tersebut sehingga dia […]

Trending Tue, 22 Dec 2020
Hiburan Tue, 13 May 2025

Mengaku Bersalah Langgar Lari, Pemandu Nissan Navara Dipenjara 30 Hari & Denda RM12,000

Pemandu Nissan Navara langgar suami isteri didenda RM12,000

Trending Fri, 11 Sep 2020

Kenakan Sekatan Perjalanan Ke Atas Negara Berisiko – MKN

Ingat, jangan ikut suka hati je okay!

Trending Sat, 1 Dec 2018
Trending Thu, 12 Apr 2018

Nak Tau Bagaimana Rupa Pemilik Suara Seksi Dalam Iklan Yusuf Taiyoob? Tengok Video Ini

Suara lelaki dan perempuan dalam iklan itu menggoda sungguh, padahal ianya untuk iklan kurma!

Featured Thu, 4 Feb 2021

Finalis Ada Banyak Benda Nak Kongsi? Celcom XPAX Tampil Dengan Cerita Di Sebalik #AJL35!

Debaran pentas AJL35 kian terasa! Walaupun COVID-19 membuatkan tarikh penganjuran AJL35 ditunda, namun itu bukan penghalang untuk korangmerasai sendiri kehangatan yang dibawakan oleh pihak Media Prima Berhad bersama-sama Celcom XPAX dalam Cerita Di Sebalik #AJL35! […]

error: Content is protected !!