Euforia Bola 2026
Trending By: Padin March 31, 2021 @ 2:18pm

Jadi Artis Termuda Def Jam Malaysia, Kowachee Muncul Dengan Single Pap Tapom

Bakat cilik, Putri Armani, atau lebih dikenali sebagai Kowachee, menjadi nama baru yang tidak asing dalam dunia hiburan.

Kowachee bermula sebagai atlet gimnastik artistik Selangor pada usia 4 tahun dan mewakili negeri tersebut sehingga dia berusia 8 tahun.

Kemudiannya, Kowachee secara rasmi memulakan karier sebagai penari, yang membawanya ke banyak acara lantas menjadikannya wajah yang popular dalam beberapa rancangan TV sebelum dinobatkan sebagai juara program reality kanak-kanak di sebuah stesen berbayar tahun lalu.

Keperibadiannya yang ceria berserta kemahiran menari yang mengagumkan menjadikan Kowachee sangat disukai di Instagram dan sehingga kini, Kowachee telah mengumpul hampir 70,000 pengikut!

Penghibur berbakat ini amat teruja untuk menyambut tahun 2021 dengan pelancaran single debutnya, Pap Tapom, yang dihasilkan dan ditulis oleh produser muzik terkenal di dunia, Bryan B bersama Sophia Liana; salah seorang ahli kumpulan De Fam.

Baru berusia 12 tahun, Kowachee adalah artis rakaman paling muda yang pernah ditandatangani oleh Def Jam Malaysia.

“Pada tahap profesional, Kowachee adalah artis rakaman termuda yang pernah saya bekerjasama.

“Dia baru berusia 11 tahun ketika merakam lagu tersebut dan saya masih terfikir betapa berbakatnya dia. Hanya beberapa orang saja yang dilahirkan untuk menjadi penghibur, dan Kowachee adalah salah seorang daripada mereka,” kata Bryan.

Sebelum ini, Bryan pernah bekerjasama dan menghasilkan muzik untuk Fazura, BATE, Simon Webbe, Guy Sebastian dan De Fam.

Sophia selaku mentor rap kepada Kowachee menambah, mereka ingin menghasilkan lagu yang sesuai dengan usia Kowachee.

“Kami mahu lagu ini menjadi sesuatu yang menyeronokkan, yang dapat anda nikmati, dan yang paling penting, yang mencerminkan tenaganya yang bersemangat,” kata Sophia.

Kebanyakan orang mengenali Kowachee sebagai seorang penari, tetapi sebenarnya dia juga menggemari muzik dan gemarkan rap.

“Pap Tapom dipilih sebagai single pertama kerana bunyinya mengingatkan saya pada satu permainan yang biasa kita mainkan dengan tangan ketika kecil, dan ia juga kedengaran seperti langkah-langkah yang kita buat ketika kita menari!

“Saya berterima kasih kepada Universal Music Malaysia dan Def Jam Malaysia kerana mempercayai saya, dan untuk semua usaha keras yang dilakukan oleh semua orang.

“Saya harap semua orang akan suka lagu baru saya sepertimana saya suka membuatnya bersama Uncle Bryan dan Kak Sophia!” katanya lagi.

Pap Tapom kini boleh didengari di semua pelantar digital Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, YouTube Music dan Deezer, sementara video lirik boleh mula ditonton di saluran YouTube KowacheeVEVO.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 May 2026

Persembahan Anak Amyza Aznan Dapat Pujian – “Bila Dia Nyanyi Yang Sampai Bukan Sekadar Suara Tapi Rasa & Doa”

PHM menyifatkan nyanyian Adrian bukan sekadar tentang suara, sebaliknya sarat dengan rasa, doa dan kekuatan seorang anak muda yang sedang berjuang melawan penyakit kanser.

Featured Tue, 29 Apr 2025

“Ayash Dah Nak Jadi Abang Ke Ni?- Netizen Spekulasi, Watie Hanifiah Kini Hamil… Shuib Bakal Timang Anak Kelima?

Penampilan Watie itu sekali gus menguatkan lagi spekulasi bahawa dia mungkin kini sedang hamil.

Featured Thu, 12 Sep 2024
Featured Fri, 25 Apr 2025

“Tak Pernah Habis Dari Saya Kecil Sampai Besar” – Sebak! Nabila Huda Reda Terpisah Dengan Bapa

Pelakon popular, Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil, gagal menahan sebak selepas diajukan soalan mengenai bapanya yang juga penyanyi rock legenda, Amy Search.

#ThrowbackXTRA Wed, 7 Jun 2023
Featured Sat, 9 Aug 2025
Featured Wed, 3 Jun 2026

“Kerja 9 Pagi Hingga 5 Petang Lagi Rileks, Boleh Makan Dengan Family & Rehat” – Yusuf Bahrin

Yusuf Bahrin berkongsi pandangan peribadinya mengenai persepsi segelintir masyarakat yang menganggap kerjaya sebagai  seorang pelakon sentiasa dipenuhi dengan dunia glamor.

error: Content is protected !!