Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 9, 2024 @ 1:04pm

Isu Nenek Tak Restu Perkahwinan, Ini Respons Syasya Rizal

Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal menjelaskan dakwaan neneknya, pelakon senior, Rozie Othman tidak merestui perkahwinannya bersama suami, Nasrullah.

Syasya atau nama lengkapnya Norsyasya Afiqah Rizal, 23, memaklumkan dia sudah memberi bayangan awal kepada neneknya berkenaan mahu mendirikan rumah tangga.

“Saya ada cakap dengan nenek, bagi hint.. kalau berkaitan dengan hal sendiri saya selalu simpan sendiri.. lama-lama last minit baru bagi tahu.

“Saya minta nenek untuk doakan saya.. kebetulan masa tu nenek sedang mengerjakan Umrah.

“Nenek terkejut dia balik dari Makkah, saya terus bernikah.

“Tetapi sebelum majlis akad nikah tu saya ada telefon nenek bagi tahu tentang majlis tu,” katanya.

Sementara itu, suaminya, Nasrullah turut berkata mereka sudah menjelaskan segalanya secara terperinci kepada Rozie sejurut selepas dia pulang dari Makkah.

“Kami dah lama tak jumpa nenek, tetapi selepas bernikah kami ada berjumpa.

“Nenek sangat baik dengan kami, Alhamdulillah nenek terima perkahwinan kami.. siap belanja kami makan tau fu fa,” ujarnya.

Syasya Rizal

Syasya berkata demikian ketika ditemui pada majlis resepsinya berlangsung di Magica Subang Hall, Subang Jaya pada Sabtu.

Dalam masa sama, Syasya turut menjawab mengenai dakwaan suaminya tidak bekerja.

“Biasalah tu, dalam umur nenek sekarang perkara biasa kalau dia dengar cerita daripada pelbagai pihak.

“Kemudian nenek terus buat rumusan daripada segala cerita yang dia dengar.

“Tetapi selepas itu kami berjumpa dan terangkan kepada nenek.

“Bila nenek jumpa Nasrullah depan mata, dia gembira dan ucap Alhamdulillah,” katanya.

@xtra_my

Replying to @im_not_cringe1 Sebelum ini timbul dakwaan mengatakan nenek Syasya, pelakon senior Rozie Othman tak restu perkahwinan mereka. Kini Alhamdulillah, semuanya dah selesai 🥰 #NaskahCintaUntukSyasya #syasyadolla #syasyarizal #sembangentertainment #fyp #xtramy

♬ original sound – XTRA – XTRA

Sebelum ini, nama Syasya menjadi sebutan hangat selepas dia membuat keputusan sudah tidak bersama dengan kumpulan Dolla atas perkara peribadi pada 8 Jun lalu.

Malah, pada 21 April lalu Syasya dan Nasrullah sah mendirikan rumah tangga selepas tular foto-foto pernikahan mereka di media sosial.

Artikel Berkaitan: Dolla Respons Desas-Desus Syasya Bakal Tampil Di Konsert Solo Ogos Ini – “Kita Tengok Perkara Tu Boleh Jadi Atau Tidak”

Artikel Berkaitan: Syasya Akhirnya Tampil Bersuara Mengenai Keputusan Keluar Dolla

Artikel Berkaitan: Lerai Spekulasi, Syasya Dolla Sah Nikah… Perkahwinan Antara Faktor Utama Undur Diri Daripada Kumpulan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 22 Jan 2025
Acara Tue, 31 Jan 2023
Trending Thu, 1 Nov 2018

Hilang Pelanggan Dan Rakan Jurusolek Gara-Gara Bulu Mata Palsu!

Nina enggan melakukan sesuatu yang bertentangan agama.

Trending Sun, 7 Apr 2019

Gambar Seorang Wanita Berbaring Di Atas Kubur, Ada Cerita Di Sebaliknya

Lebih sayu, wanita itu baring di atas tanah kubur yang kelihatan basah tanpa beralaskan kain.

Contest Wed, 14 Aug 2019

Peminat #ICSYVMY, Jangan Lupa Hantar Penyertaan Korang Dan Menang Wang Tunai RM2K!

Jangan lupa sertai peraduan di www. xtra.com.my/mentormilenia

Hiburan Wed, 29 May 2019

Hadiah Untuk Mak…

Terbaiklah Mark!

Hiburan Wed, 18 Oct 2023
Trending Mon, 18 Jun 2018

Kes Kelar Anak, Isteri Saya Seorang Ibu Penyayang Sehinggalah…

Saya bersyukur dua lagi anak lelaki berusia tujuh dan lima tahun tidak berada di rumah kerana mengikut datuknya beraya ke Triang. Jika tidak pasti mereka trauma melihat kejadian itu.

error: Content is protected !!