Selebriti By: Atiqah Johari April 21, 2024 @ 4:27pm

Lerai Spekulasi, Syasya Dolla Sah Nikah… Perkahwinan Antara Faktor Utama Undur Diri Daripada Kumpulan

Susulan pengumuman pengunduran Syasya daripada kumpulan DOLLA, Universal Music Malaysia dengan sukacitanya berkongsi khabar gembira mengenai pernikahan Syasya atau nama sebenar Norsyasya Afiqah Shahrizal, semalam.

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia Kim Lim berkata, perancangan mendirikan
rumah tangga juga menjadi antara faktor pengunduran Syasya daripada DOLLA.

“Terlebih dahulu terima kasih kepada semua pihak termasuk rakan media, peminat dan sesiapa saja yang sudah menyokong kerjaya DOLLA dari awal sehingga kini.

“Tidak dinafikan pengunduran Syasya daripada DOLLA mengejutkan ramai. Namun, kami perlu akur akan keputusan dibuat empunya diri yang disifatkan terlalu peribadi.

“Ingin dikongsi berita gembira buat semua yang mana Syasya mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya pada hari ini. Ini juga antara faktor utama kenapa Syasya memilih untuk tidak lagi bersama DOLLA,” katanya.

Pada masa sama, Universal Music Malaysia juga berharap berita itu menamatkan segala spekulasi yang beredar.

“Kita doakan semoga segala apa yang sudah dirancang Syasya akan berjalan lancar dan dipermudah. Diharap ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke jannah.

“Apa yang penting juga, semoga berita gembira ini menghentikan segala spekulasi tidak tepat yang timbul. Kami juga berharap agar semua pihak dan peminat akan terus menyokong kerjaya seni dan karya daripada DOLLA,” katanya.

Terdahulu, kumpulan itu menerusi hantaran di akaun rasmi mereka mengumumkan mengenai pengunduran Syasya pada 8 April lalu.

Dalam perkembangan lain, DOLLA berjaya mengharumkan nama negara apabila mewakili Malaysia dalam sebuah pertandingan nyanyian membabitkan pelbagai kumpulan vokal di China menerusi program Show It All.

Menariknya, aksi lincah DOLLA ketika membuat persembahan menjadi tular selain meraih pelbagai pujian dan kata-kata semangat oleh peminat serta warganet.

Artikel Berkaitan: Selepas Undur Diri Daripada Dolla, Syasya Rizal Kini Bergelar Isteri?

Artikel Berkaitan: Tiada Angin, Tiada Ribut… Syasya Undur Diri Dari Dolla

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 8 Feb 2022
Hiburan Mon, 1 Aug 2022

“Mungkin Mereka Mahu Jadi Seperti Saya Suatu Hari Nanti” – As’ad Motawh Tayang Badan Mahu Jadi Inspirasi

As’ad Motawh tayang badan untuk memberi inspirasi kepada orang muda diluar sana.

Trending Sat, 28 Sep 2019
Hiburan Thu, 13 Apr 2023
Hiburan Wed, 19 Dec 2018

多重身份不忘初衷是音乐!朱浩仁8年磨利刃发新辑

出道10年的朱浩仁,曾往音乐制作人、演员、主持人等多样发展;但他坦言一直没忘记自己进入娱乐圈的初衷,直呼“音乐是一个我想做到死为止的事情。”

Hiburan Fri, 8 Jun 2018

‘Police Entry’ Taruhan Terbaru Elizabeth Tan

Tambah Elizabeth, selepas bernaung di bawah Warner Music, dia mula fokus dengan perancangan masa depan dalam industri.

Events Wed, 18 Oct 2023

Kumpulan Fourtwnty Impi Berkolaborasi Dengan Yuna

Wow! Kalau Fourtwnty koloborasi dengan Yuna confirm 🔥🔥🔥