Hiburan By: SGMS Faida June 8, 2018 @ 10:57am

‘Police Entry’ Taruhan Terbaru Elizabeth Tan

Bakal muncul dengan single terbaru berjudul Police Entry, dapatkah lagu ini menyaingi populariti Knock Knock?

Penyanyi Elizabeth Tan cukup teruja kerana ini merupakan kali pertama dia bekerjasama dengan Hael Husaini dan Ezra Kong selaku komposer lagu ini.

“ Lagu ini akan dilancarkan pada Julai depan. Klip video bakal menyusul dan lebih menarik, saya mengarahkan sendiri klip video Police Entry,” katanya kepada BH Online.

Elizabeth berkata, dia bercadang merakamkan tiga single Melayu, tahun ini.

“Selepas Police Entry, saya akan melancarkan single kedua, Oktober depan. Ini disusuli single ketiga pada akhir tahun atau awal tahun depan,” katanya.

Tambah Elizabeth, selepas bernaung di bawah Warner Music, dia mula fokus dengan perancangan masa depan dalam industri.

“Sekarang bukan masa untuk main-main lagi. Selama empat tahun dalam dunia seni, saya banyak belajar dan kutip pengalaman.

“Saya fikir, kerjaya seni bagai baru bermula di mana saya lebih lebih tahu apa yang hendak dibuat. Sebelum ini, saya menurut saja,” katanya kini yakin dengan strategi disusun Warner Music.

Mengulas mengenai penguasaan Bahasa Melayu, Elizabeth mengaku dia sudah semakin fasih.

“Baik bidang lakonan dan nyanyian, saya perlu bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik. Ada yang memuji dan ia menjadi pembakar semangat,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Tue, 28 Apr 2020
Hiburan Tue, 3 Sep 2019
Featured Tue, 7 Dec 2021
Featured Tue, 29 Nov 2022
Hiburan Sun, 10 Nov 2019
Hiburan Mon, 18 Sep 2023
Events Mon, 7 Oct 2019

CJ WOW SHOP Sasar RM100K Jualan Menerusi Platform Mudah Alih

Wow! Apa tunggu lagi? Jommm beli belah di CJ WOW SHOP pada 5 & 6 Oktober ni okay!

Hiburan Sun, 1 Apr 2018

Hafreez Adam Mengaku Cintakan Zara Zya

Dia sentiasa membuat saya tersenyum dengan telatah lucunya. Dia juga tidak mudah cemburu dan sangat memahami. Auwww, sweet habis Hafreez ni!