Trending By: Fatin Nurain April 26, 2024 @ 10:11am

Digelar Narsistik, Kaki Spin & Manipulator… Netizen Mohon Bella Astillah Berhati-Hati Dengan Ruhainies

Pelakon Ruhainies digelar narsistik, kaki spin dan manipulator oleh segelintir netizen susulan permohonan maaf yang dibuat secara terbuka untuk aktres Bella Astillah dan wanita yang bernama Sarah Yasmine.

Terdahulu, Ruhainies telah membuat permohonan maaf itu menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, bahkan meluahkan hasratnya untuk bertemu dengan Bella dan Yasmine.

Difahamkan, tujuan dia mahu berjumpa kedua-dua wanita tersebut untuk menjernihkan keadaan dan ingin membuka buku baru.

Artikel Berkaitan: Tampil Mohon Maaf, Ruhainies Mahu Bersemuka Dengan Bella Astillah & Sarah Yasmine Demi Jernihkan Keadaan – “Saya Nak Tutup Buku, Lupakan Isu & Kembali Gembira”

Berdasarkan pemerhatian XTRA, rata-rata netizen memohon agar Bella tidak mudah terpedaya dan berhati-hati dengan setiap tindakan Ruhainies di ruangan komen sebuah perkongsian berkenaan artikel permohonan maaf aktres itu.

Malah, ada juga yang berpendapat permohonan maaf yang dibuat oleh Ruhainies itu merupakan sebahagian daripada perancangan jahatnya bersama penyanyi Aliff Aziz yang ingin menjatuhkan Bella.

Terdahulu, Sarah yang merupakan kekasih gelap Aliff tampil membuat pendedahan besar-besaran tentang rancangan penyanyi itu bersama Ruhainies untuk menjatuhkan Bella di aplikasi Whatsapp, kelmarin.

Pada 11 Mac lalu, Bella telah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur susulan kontroversi tangkap khalwat Aliff dan Ruhainies, pada 9 Mac lalu.

Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella kerana yakin mampu menyelesaikan isu rumah tangga mereka dengan baik ketika prosiding kedua permohonan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, 4 April lalu.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, namun, pernah bercerai pada 16 Mei 2019.

Mereka kemudian kembali rujuk ketika masih dalam tempoh edah. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Artikel Berkaitan: “Saya Akan Gunakan Semua Peluang Untuk Selamatkan” – Aliff Aziz Enggan Cerai, Mahu Pertahan Rumah Tangga Dengan Bella Astillah

Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine ‘Spill The Tea’, Dedah Bukti Perbualan WhatsApp Aliff Aziz & Ruhainies Kutuk Produk Kecantikan – “B*bi Untuk B*bi”

Artikel Berkaitan: Bukti WhatsApp Antara Aliff Aziz & Ruhainies Didedahkan, Nama ‘Emma’ & ‘Chacha’ Pun Kena Petik Sebab Dakwa Bella Astillah Try Hard?

Artikel Berkaitan: Nama Terkait Isu Ruhainies, Aliff Aziz & Bella Astillah… Emma Maembong Akui Khilaf, Nafi Back-Up Mana-Mana Pihak

Artikel Berkaitan: Tak Ambil Port Isu Aliff Aziz, Bella Astillah & Ruhainies… Kesal Fakta Dimanipulasi, Giliran Chacha Maembong Beri Penjelasan

Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine Dedah Caprice ‘Dalang’, Siap Susun ‘Plan’ Untuk Aliff Aziz & Ruhainies – “Semua Benda Datang Dari Dia”

Artikel Berkaitan: “Kalau Tak Diuji Macam Ni, Nanti Kita Lupa Allah” – Tular Guna ‘Short Form’, Mesej Mesra Aliff Aziz & Ruhainies Dikritik

Artikel Berkaitan: “Panggil Bini B*b*, P*k*m*k Tapi Kat Mahkamah Tak Nak Lepaskan” – Netizen Bengang Aliff Aziz Guna Kata Kesat Kepada Bella Astillah 

Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine Gelar Aliff Aziz & Ruhainies Hipokrit! Kesal Ibu Dihina Gara-Gara Backup Anak – “Mak Awak Dikecam Sebab Percayakan Anak Lelaki Dia”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Korek Balik Video Aliff Aziz Buka Zip Seluar, Ramai Pula Cakap Jijik & Perangai Remp*t

Artikel Berkaitan: “Dia Sayang Awak, Tak Perlu Risau… You Can Have Him Ruhainies” – Bella Astillah

Artikel Berkaitan: Ruhainies Minta Aliff Aziz Jangan Pulangkan Kereta Pemberian Bella Astillah – “Saya Nak Awak Hantar Kedai, Buang Recorder”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 28 Jun 2022

“Tinggal Anak-Anak Saya Macam Itu Sahaja” – Pembantu Rumah Ezzaty Abdullah Lari Ikut Lelaki Dari Aplikasi ‘Dating’

Pembantu rumah Ezzaty Abdullah melarikan diri dan tinggalkan anak-anak kecilnya begitu saja.

Featured Tue, 6 Sep 2022
Hiburan Thu, 15 Jun 2023
Trending Wed, 21 Apr 2021

“Berikan Ruang…” – Sajat Jadi Buruan Pihak Berkuasa, Aliff Syukri Mohon Hentikan Kutukan

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memohon orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat rakannya, Nur Sajat yang kini menjadi buruan pihak berkuasa. Pelantun lagu Abang Nak Tegur itu turut meminta agar orang ramai […]