Featured By: Salma Syahbuddin May 23, 2023 @ 5:57pm

Sebaknya! Kongsi Tulisan Anak Perempuan Di IG, Alif Satar Menangis? -“Berenang 4KM Aku Gagah Lagi, Tapi Ni…”

Pengacara dan pelakon popular, Alif Satar menerusi hantaran terkini di Instagramnya berkongsi ‘surprise’ daripada kedua anak perempuannya iaitu Alisha Anugerah, 8 dan Ariana Mecca, 6.

Menerusi perkongsian tersebut, Alif menunjukkan foto surat yang dituliskan anak-anaknya sebagai hadiah untuknya.

Menurut Alif, ‘surprise’ itu diberikan kepadanya seusai dia pulang ke rumah dan mendapati anak-anak perempuannya itu belum tidur.

“Pulang lewat dari kerja semalam, naik ke atas dan tengok mereka tak tidur lagi.

“Bila tanya áwat tak tidur lagi? Mereka kata, we made a surprise for you daddy, make sure you read it,”katanya.

Terharu dengan tindakan kedua anak perempuannya itu, Alif bersyukur dalam masa sama berasa sebak dengan titipan berupa pesanan dari anak-anaknya.

“This is what they wrote. Berenang 4 kilometer kat laut aku gagah lagi matt, tapi ini barang boleh buat nangis 4 lautan bro. Blessed!,”jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti terharu dengan perkongsian tersebut.

Malah, ramai yang memuji didikan Alif dan isteri kerana berjaya membesarkan anak-anaknya dengan baik.

“Saya pun nak nangis, Your girls is so precious!

“Masalahnya mata kau berair.

“This is so cute and sweet. Semua boleh tengok macam mana mereka dibesarkan dengan begitu baik. Semoga terus menjadi anak-anak yang baik.

“MasyaAllah, their words proof that parents did a very good job.

“Luluh segala penat lelah. Alhamdulillah beautiful girls.

“Bab-bab ni memang longlai kaki jadinya. Sebak!,” komen netizen.

Sekadar info, Alif dan isteri, Shadila Halid mendirikan rumah tangga pada 15 September 2014 dan hasil perkahwinan tersebut pasangan ini telah dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata iaitu, Alisha Anugerah, 8, Ariana Mecca, 6, dan Muhammad Ali, 4.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 1 Nov 2021

Bomba Temui Bayi Lelaki Berusia Setahun Rentung Dalam Kebakaran

Satu kebakaran berlaku membabitkan seorang bayi lelaki berusia setahun rentung di sebuah unit di flat Jalan Dua, Pusat Bandar Sandakan, pada Jumaat. Dalam kejadian kira-kira jam 11.05 malam itu, pihak bomba menemui seorang bayi yang […]

Hiburan Mon, 13 Jan 2020
Trending Sun, 11 Jul 2021

Comelnya Aina Abdul & Daniesh Suffian Menari… Jom Saksikan Muzik Video Warna Warni!

Sekitar hujung tahun lalu, penyanyi Aina Abdul dan Daniesh Suffian pernah bertarung dalam program realiti Vokal Mania di TV3. Kini, mereka berdua digandingkan dalam sebuah lagu duet baru berjudul Warna Warni! Baru sahaja dilancarkan, single […]

Featured Wed, 14 Sep 2022

“Saya Risau Dengan Keadaan Isteri” – Hazama, Isteri Tangguh Rawatan IVF

Rezeki Tuhan bagi berbeza-beza.. Semoga dipermudahkan semua urusan 🤲🏼

Hiburan Thu, 20 Sep 2018

” Duit Aku Bila Nak Bayar?”, Fathia ‘Sound’ Aiman Hakim Di Instagram

Di bawah foto berkenaan, Fathia turut meletakkan tanda pagar rempitModeOn dan menggelar Aiman sebagai lelaki dayus.