Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 31, 2024 @ 4:21pm

Dolla Respons Desas-Desus Syasya Bakal Tampil Di Konsert Solo Ogos Ini – “Kita Tengok Perkara Tu Boleh Jadi Atau Tidak”

Penampilan khas bekas anggota kumpulan wanita, Dolla iaitu Syasya dalam konsert ‘Dolla Re:Birth The Experience’ masih menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat mereka.

Setelah hampir lima tahun berkecimpung dalam industri seni hiburan, Dolla yang dahulunya berempat kini akan melakukan konsert sulung meskipun mereka kehilangan satu anggota.

Menurut salah seorang anggota Dolla, Tabby berkata pihak Dolla setakat ini masih belum membuat perbincangan mengenai perkara tersebut, namun tidak menolak sebarang kemungkinan perkara itu boleh terjadi.

Malah, jelas Tabby juga Dolla hanya mahu memberi tumpuan untuk mengukuhkan persembahan dari segi kreativiti dan keserasian antara mereka bertiga.

“Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, kami mahu fokus persembahan secara bertiga.

“Kami ingin perkukuhkan keserasian dan kreativiti tidak kira untuk persembahan atau apa sahaja aktiviti bersama.

“Ketika ini, kami belum membuat sebarang perancangan mengenai hal tersebut. Kita lihatlah nanti sama ada perkara itu boleh terjadi atau tidak,” katanya.

Dolla

Ketika disoal sama ada idea konsert ini tercetus selepas Syasya meninggalkan Dolla, Tabby berkata rancangan ini sudah menjadi sasaran mereka sejak dua tahun lalu.

“Idea untuk mengadakan konsert ini bermula sejak dua tahun lalu. Ketika itu, kami merasakan sudah tiba masanya untuk Dolla mengadakan konsert sendiri.

“Kami hanya menunggu waktu yang sesuai agar kami boleh menunjukkan satu persembahan hebat untuk peminat.

“Kami baru melancarkan album pertama jadi Dolla dah mempunyai lagu yang cukup,” katanya lagi.

Dolla berkata demikian ketika ditemui pada sidang media bertempat di Ibu Kota pada Isnin lalu.

Dolla

Menjelang konsert yang bakal berlangsung pada Ogos ini, Dolla kini sedang sibuk menjalani latihan dari segi vokal, muzik serta aktif meningkatkan stamina.

“Dari segi persiapan selain latihan dari aspek muzik dan vokal, Dolla juga kini berusaha untuk menambahkan stamina dengan melakukan latihan kardio dan menari,” katanya.

Sebelum ini, Dolla tampil memberi respons berhubung kumpulan baharu wanita Sumandax atau SMDX dimana salah seorang anggotanya mengakui tidak mengenali mereka.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isu Tidak Dikenali Oleh SMDX, Dolla Tak Terasa Hati… Terbuka Untuk Jalin Kolaborasi – “Perkara Tu Remeh, Jadi Jangan Gaduh”

Artikel Berkaitan: Syasya Akhirnya Tampil Bersuara Mengenai Keputusan Keluar Dolla

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 25 Aug 2023

Rahsia Petua Gabungan Penyanyi Berbilang Bangsa di Malaysia

Wah, sempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia!

Hiburan Tue, 30 Apr 2024
Featured Mon, 2 Aug 2021

RIPPLE Kini Dikenali Media Prima Audio

Platform radio Media Prima, RIPPLE kini ditukar nama kepada Media Prima Audio atau MPA bersempena penjenamaan semulanya untuk tampil kompetitif serta hala tuju lebih strategik. Penjenamaan baharu terbabit dilakukan dalam misi menjadikan industri penyiaran radio […]

Trending Sun, 28 Mar 2021

Dijalankan Penuh Meriah Semalam, Hari Sukan Maya Pertama Malaysia Bersambung Hari Ini!

Buat kali pertama diadakan di Malaysia, hari sukan maya pertama Malaysia, Pesta Game yang dikuasakan oleh Samsung Galaxy A52 | A72 menyaksikan para pencipta kandungan YouTube bertanding untuk meraih kemenangan bagi rumah sukan masing-masing. Kemeriahan […]

Featured Thu, 7 Aug 2025

Abby Abadi Mohon Dikuatkan Iman Berdepan Ujian Hidup, Minta Anak-Anak Jaga Diri – “Cinta & Kasih Mama Tak Terbanding”

Abby Abadi menitipkan pesan buat anak-anaknya sekaligus memohon agar sentiasa dikuatkan iman berdepan ujian hidup.

Trending Fri, 1 Dec 2017

Mangsa Banjir Di Kelantan Terus Meningkat, Lebih 13 Ribu Orang Dipindahkan

Mangsa Banjir Di Kelantan Terus Meningkat, Lebih 13 Ribu Orang Dipindahkan ke pusat permindahan banjir sementara

Hiburan Thu, 18 May 2023
Featured Fri, 29 Apr 2022
Hiburan Wed, 25 Apr 2018

Bakal Bergelar Ibu, Tahniah Ummi Nazeera!

“ Ya, saya hamil empat bulan satu minggu,” kata Ummi di Majlis Pelantikannya sebagai Duta Adavecosmetics di Suka Sucre Bistro, sebentar tadi.

error: Content is protected !!