Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: Fatin Nurain March 28, 2023 @ 4:00pm

“Itu Anak Saya, Saya Jaga Sendirilah” – Sebak Digelar ‘Stupid Parents’ Gara-Gara Bagi Anak Makan Guna Garfu, Ini Respons Padu Maryam Durian Kimchi

Pempengaruh Maryam You Narae atau Durian Kimchi tampil meluahkan rasa sebaknya selepas sesetengah tindakannya sebagai ibu mula menjadi pertikaian dalam kalangan netizen.

Menurut Maryam, dia memiliki caranya tersendiri untuk mengajar dan menjaga anaknya, Rina supaya menjadi lebih berdikari.

Memandangkan kini namanya bersama suaminya, Ryzal Ibrahim semakin meningkat naik, dia sentiasa memberi peluang anaknya mencuba sesuatu yang baru tapi di bawah pengawasannya.

“Itu anak saya. Saya jaga sendirilah. Memang kita jaga baby ni untuk mereka independent. Kita tak boleh selalu jaga dengan kita.

“Bila mereka nak cuba, bila dia nak buat sendiri kita biarkan je dulu asalkan dia dengan kita dan kita boleh elakkan mereka dari bahaya.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh mStar, Maryam juga sempat berkongsi cerita apabila dirinya dikecam teruk selepas memberikan puteri kesayangannya itu menggunakan garfu besi.

Tidak cukup dengan itu, Maryam turut menyatakan ada individu yang menggelarnya ‘stupid parents’ kerana membiarkan anaknya menggunakan sesuatu yang berbahaya.

“Hari tu saya bagi dia garfu tapi bukan garfu untuk baby. Saya order makanan luar. Saya cari kat banyak kedai tak ada yang baby punya.

“Saya pun tak selalu bawa. So, saya bagi je sebab Nina tahu benda tu untuk ambil makanan dan dia ambil makanan je.

“Tapi orang cakap stupid parents, ibu tak tahu bahaya untuk baby. Mana boleh buat baby macam tu. So, saya simpan terlalu lama jadi hari tu mungkin saya dah tak tahan,” jelasnya.

Dalam pada itu, pempengaruh yang terkenal dengan panggilan DurianKimchi itu juga meluahkan rasa kasihannya terhadap anaknya yang kurang mendapat perhatiannya yang sibuk bekerja.

Namun, dia berasa lega apabila dapat meluangkan masa yang ada bersama Rina sekiranya berkelapangan biarpun terpaksa mengorbankan masa untuk dirinya sendiri.

“Saya cuba. Saya sebenarnya kesian dekat dia sebab saya selalu sibuk, tak boleh bersama dengan dia kat rumah. Tapi asalkan saya ada masa dengan dia, saya cuba sebaik mungkin, saya nak bagi segalanya.

“Even saya macam terfikir saya tak ada life, kehidupan saya kena jadi heroin untuk dia tapi sekarang heroin saya anak saya lah. Saya sayang sangat anak saya, tapi kadang-kadang saya pun nak masa saya sendiri. Tapi saya korbankan untuk anak.

“Tapi bila tengok komen macam tu, saya jadi hilang arah tuju. Saya tak tahu macam mana nak buat lagi,” katanya.

Biarpun perkara itu kerap mengganggu emosinya, Maryam tetap meluahkan rasa bersyukur kerana suaminya, Ryzal, rakan-rakan rapat dan keluarga tetap berada di sisinya memberi semangat.

@mstarmalaysia PART 1 – Maryam betul-betul sedih, menangis kena kecam bagi anak makan guna garfu #SembangEntertainment #mStar ♬ original sound – mStar Official

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 16 Sep 2018

Berat Badan Naik, Laudya Cynthia Bella Pregnant?

Ya, Bella akui berat badannya semakin bertambah. Happy ya kamu?

Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Featured Fri, 23 Jan 2026

Gelar Golongan Suami Lembik, DMA Islam ‘Set Rule’ Untuk Isteri Patuhi

DMA secara terbuka mengkritik segelintir lelaki yang disifatkannya sebagai ‘lembik’

Featured Fri, 29 Nov 2024
Featured Thu, 19 Mar 2020
Hiburan Mon, 26 Aug 2019
Hiburan Mon, 10 Dec 2018

‘Mak…Maafkan Saya’, Air Mata Megat Jatuh Saat Tersingkir

Selamat Tinggal Megat…Kami doakan rezeki untuk Megat terus menyinar di luar sana akan dipermudahkan. Insya Allah.

error: Content is protected !!