Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain June 12, 2022 @ 2:24pm

Fouziah Gous Akui Rindu Ceburi Dunia Lakonan, Kini Lebih Selektif

Usahawan dan pelakon jelita, Datin Fouziah Gous mengakui rindu untuk ceburi semula dunia lakonan, namun kekangan waktu membuatnya terpaksa mengurangkan pembabitan dalam bidang itu.

Menurut Fouziah atau nama sebenarnya Nor Fouziah Mohd Gous, 40, dia terpaksa menjadi lebih selektif sebelum mengambil apa-apa tawaran lakonan kerana komitmennya menguruskan perniagaan.

Fouziah turut menyatakan kepayahan dalam mengurus perniagaan bagi memastikannya kekal stabil adalah sangat sukar kerana memerlukan komitmen dan konsentrasi secara konsisten.

“Saya bukan tak nak berlakon, tapi nak cerita betapa susahnya perniagaan itu sehingga ia ambil masa saya dari pagi sampai malam.

“Jadi, perkara ini memerlukan masa, sebab R&D (Research & Development) itu sendiri. Ia bukan satu produk yang bila tampal pelekat dah boleh keluarkan, bukan macam itu. Kalau tengok memang ramuan kita sangat berbeza daripada yang lain.

“Saya rindu juga nak berlakon, tapi macam tak ada masa. Alhamdulillah tawaran itu sentiasa ada, cuma apa yang saya pilih adalah artis jemputan, program raya atau apa-apa yang tak mengambil masa terlalu lama. Disebabkan kekangan masa itu saya terpaksa memilih kadang-kadang,” katanya.

Pelakon jelita itu juga hanya menerima tawaran berlakon sekiranya mampu memberi impak positif baik buat dirinya atau buat drama itu sendiri.

Selain itu, Fouziah turut menjelaskan dia kini lebih cerewet dalam pemilihan watak kerana sudah pernah membintangi pelbagai genre drama dengan pembawakan watak berbeza-beza.

“Saya memang asalnya pelakon yang hari-hari berlakon. Sekarang ini saya dah bergerak ke karier lain, jadi bila nak ambil tawaran berlakon itu kena pastikan ia bagi kesan atau menarik.

“Kadang-kadang tawaran itu ada, tapi bila baca skrip macam tak sesuai untuk saya terima tawaran itu. Bukan saya nak hina, tapi mungkin itu untuk orang lain dan bukan untuk saya. Ini kerana dah banyak watak yang saya bawa.

“Saya rasa dah berlakon hampir 100 drama, jadi kalau ia perkara sama, saya rasa macam tak terpanggil,” katanya.

Namun, Fouziah turut menafikan bayaran yang ditawarkan menjadi faktor utama dirinya kini lebih selektif.

“Kalau kata bayaran tak juga, sebab sebelum saya nak betul-betul berikan komitmen saya akan tengok skrip. Sebab kalau dulu pendapatan saya daripada lakonan saja. Jadi, nak tak nak saya kena beri komitmen.

“Allah dah bagi kita pilihan dan mesti kita nak ambil yang terbaik bukan sebab bayaran sahaja. Kalau bayaran bagus, tapi drama itu pula yang kurang tak boleh juga,” katanya.

Fouziah turut meluahkan rasa syukur kerana suaminya, Datuk Zhafran Md Yusof sentiasa menyokong dan memahami segala kerenahnya sepanjang bergelar isteri.

Kini dia memilih untuk meneruskan kariernya sebagai usahawan walaupun telah menceburi industri lakonan tanah air sejak 2005.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 28 May 2018

Saya Belum Tahap Ustaz Lagi

Memang saya sudah jangka, mesti ada yang mahukan saya kekal membawa watak begitu atau menyangka karakter peribadi saya juga sama.

Hiburan Fri, 6 Oct 2023
Hiburan Fri, 20 Jul 2018

Jurnal Minggu 1 : #daiTV3 Bawa Kelainan?

Jurnal #daiTV3 cipta kelainan. Nak tahu apakah agaknya kelainan yang akan dibawakan kepada bakal pendakwah kita? Sila baca artikel ini.

Hiburan Mon, 5 Feb 2018

SIAPA RATU BAKAL HOS RANCANGAN POPULAR?

Kalau nama pun Ratu, dia mestilah seorang yang cantik, kulit mulus, putih gebu, pinggang kerengga dan semestinya kaya! Yang paling penting boyfriend Ratu kita ni handsome dan sado. Kau hado?

Hiburan Mon, 26 Aug 2024
Featured Thu, 26 Jun 2025

“Perkara Itu Sudah Lama, Tidak Ada Kaitan Dengan Mereka” – AC Mizal

Datuk AC Mizal mengambil keputusan untuk mengikut saluran yang betul mengenai isu yang diketengahkan.

error: Content is protected !!