Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi March 28, 2023 @ 5:55pm

Awal Ashaari Tak Setuju Pasangan Selebriti Kongsi Masalah Rumah Tangga Di Media Sosial – “Bukan Semua Benda Kita Lalui, Kita Kena Kongsi”

“Dalam perkahwinan tak kisahlah selebriti atau orang biasa sebenarnya ada naik dan turunnya.”

Demikian ulas pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari mengenai rumah tangga yang dilanda badai baik orang biasa ataupun yang bergelar artis.

Menerusi temu bual bersama Hlive, Awal mengakui dengan berkongsi masalah rumah tangga secara terbuka di media sosial bukanlah satu cara terbaik.

“Tipulah kalau saya kata, saya dan isteri tak pernah bergaduh, tipulah kalau saya dan Scha setuju angin sahaja.

“Kita manusia, kadang-kadang kita ada benda yang kita setuju dan juga ada yang bercanggah pendapat dan banyak masalah yang kami lalui bersama.

“Maksudnya sebagai ‘public figure’, bukan semua benda kita lalui, kita kena kongsi. Walaupun kita milik orang ramai tapi ada bahagian yang kita simpan.

“Kadang kita bergaduh pun, kita tulis status di media sosial pun secara tak langsung akan ‘reflect’ hubungan atau perkahwinan kita dan kena cepat-cepat buang perkara itu,” katanya.

Tambah bekas pengacara program hiburan popular TV3, Melodi itu, walaupun niat asal untuk berkongsi masalah, keadaan boleh menjadi keruh apabila berlaku campur tangan pihak ketiga.

“Bila tengok ramai rakan-rakan artis yang secara terang-terangan berkongsi di sosial media nak dapatkan sokongan daripada netizen tentang hubungan mereka.

“Apa yang Awal boleh katakan, masalah suami isteri, orang ramai tak tahu. Dan untuk kita dedahkan masalah kita nak dapatkan pendapat orang ramai, kadang-kadang pendapat itu baik, kadang-kadang pendapat itu macam akan mendorong kita membuat keputusan yang kita sendiri tak nak.

“Bagi saya, adalah terbaik untuk kita kalau ada masalah sebagai selebriti, kita selesaikan secara peribadi sebelum berkongsi pada orang,” jelas Awal.

Dalam pada itu, Awal turut menitipkan pesan kepada semua agar tidak mencurahkan minyak ke dalam api sebaliknya mendoakan yang terbaik.

“Dan pada orang di luar sana, cukup-cukuplah mengapi-apikan atau menokok nambah sebab kita tak lalui apa yang mereka lalui dan mungkin journey mereka berlainan dengan perjalanan hidup kita.

“Apa yang kita boleh buat adalah doakan mereka sentiasa menemui jalan penyelesaian yang baik,” pesannya.

Sumber: Hlive

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 9 Sep 2019

Bekas Vokalis Dicekup Lagi?

Apa nak jadi? Asyik kena cekup je..

Featured Fri, 14 Oct 2022

Kedai Shuib Dilanggar Kereta SUV, Pemandu Dipercayai Tertekan Minyak

Aduh kesiannya.. Semoga dipermudahkan urusan kedua-dua belah pihak

Kes Mahkamah Mon, 24 Jul 2023
Hiburan Sat, 5 Aug 2023
Hiburan Mon, 29 Dec 2025
Featured Thu, 16 Jan 2025

Ameera Khan, Jefri Nichol Hangat Bercinta, Netizen ‘Bitter’ Tinggal Komen Sarkastik – “Touch And Go Je lah”

rata-rata dalam kalangan netizen memberikan pelbagai respons terhadap hantaran mesra pasangan itu.

Selebriti Thu, 19 Oct 2023
Featured Fri, 7 Nov 2025

“Hal Manusia, Hal Kecil… Jangan Pernah Terkesan Pun” – Fazura Titip Kata Semangat Buat Peminat

Fazura menitipkan kata-kata semangat buat para peminatnya agar tidak mudah goyah atau terluka dengan pandangan negatif sesetengah pihak.

error: Content is protected !!