Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 7, 2025 @ 4:34pm

“Hal Manusia, Hal Kecil… Jangan Pernah Terkesan Pun” – Fazura Titip Kata Semangat Buat Peminat

Selebriti popular, Fazura menitipkan kata-kata semangat buat para peminatnya agar tidak mudah goyah atau terluka dengan pandangan negatif sesetengah pihak.

Ia susulan, seorang peminat wanita memaklumkan, dia sentiasa memberikan sokongan kepada penyanyi itu meskipun tidak membuat sebarang hantaran dek kerana berasa takut dengan gangguan yang diterimanya oleh peminat dan penyokong selebriti lain.

“Rindu la dengann Kak Faz dan Nyamma. Sorry sebab lama tak post. Sebab saya jenis takut nak post takut kena attack dengan peminat sebelah. Tapi,  it’s okay … I will support kak Faz forever even atk post pun tak bermakna tak support kan?

“Haritu post pasal tisu pon kena attack, post pasal konsert kak Faz pun kena attack, post pasal Nyamma pun kena attack .. Sbb tu takut nak post. Saya perlu jaga kesihatan mental saya,” luahnya.

Menyedari tindakan tersebut pelantun lagu Luar Biasa itu menasihatkan agar setiap individu memberikan fokus kepada perkara yang lebih bermakna dalam kehidupan iaitu mencari reda Allah SWT dan bukannya kepada kata-kata manusia yang tidak memberi manfaat.

“We love you and we feel appreciated always. Thank you darling Sha! Hal manusia hal kecil. Kita jangan pernah terkesan sedikit pun kerana mereka juga hanya manusia biasa.

“Manakala, tujuan utama kita hanya mencari redha Allah SWT. Tenang dan bahagia selalu ya. Kita ada Allah,” katanya.

Perkongsian itu bagaimanapun menerima pelbagai reaksi positif daripada pengikutnya yang menyifatkan pelakon filem Manisnya Cinta di Cappadocia itu sebagai figura yang sentiasa menonjolkan sifat positif dan profesional ketika berdepan ujian kehidupan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 29 Dec 2020
Featured Mon, 7 Mar 2022

“Terima Kasih Marsha” – Akim Ahmad & Stacy Anam Tersentuh Hati Lihat Persembahan Marsha Milan di AJL 36

Tahniah buat Marsha, Akim dan Stacy atas kejayaan manis ini! #NaibJuaraAJL36 🥳

Hiburan Fri, 13 Feb 2026

Hukuman 10 Tahun & 3 Sebatan Digantung, Da’i Syed Dibebaskan Sementara Selepas 21 Hari Dalam Penjara – “Ada Keadaan Istimewa”

Da’i Syed perlu melaporkan diri di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam antara 1 hingga 5 haribulan setiap bulan bermula Mac 2026

Trending Mon, 18 Nov 2019
Featured Sun, 10 Nov 2024

Nyanyian Fazura Dikecam, Pengurus Kesal Nama Dipetik  – “Saya Memang Tak Ada Kena Mengena Dengan Projek Lagu Itu”

Pengurs Fazura menegaskan bahawa dia tiada kena mengena dengan promosi lagu tersebut di Indonesia.

Hiburan Thu, 16 Jan 2020
error: Content is protected !!