Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 7, 2022 @ 6:04pm

“Terima Kasih Marsha” – Akim Ahmad & Stacy Anam Tersentuh Hati Lihat Persembahan Marsha Milan di AJL 36

Setelah 16 tahun berkecimpung dalam industri muzik, malam Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) merupakan sejarah dan pengalaman paling manis buat penyanyi Marsha Milan.

Berkat doa dan kesabarannya, Marsha akhirnya berjaya melayakkan diri ke pentas AJL 36 menerusi lagu Cinta, hasil nukilan Akim Ahmad yang dikenali sebagai Hang Nadim dan Stacy Anam sebagai Bunga Cinta dan meraih gelaran naib juara.

Image

Lebih manis, Marsha juga berjaya merangkul trofi Persembahan Terbaik menerusi nyanyian yang penuh bertenaga.

Sebelum ini, Stacy berkali-kali menjadi finalis anugerah berprestij ini sebagai penyanyi namun tidak pernah memenangi sebarang anugerah.

Kini, beliau telah membuktikan kebolehannya tersendiri dalam mencipta lagu. Diam-diam ubi berisi Stacy ni!

Meninjau di laman sosial Twitter, ramai dalam kalangan netizen memberikan ucapan tahniah dan turut tumpang gembira atas anugerah yang dimenangi oleh Marsha, Stacy dan Akim.

Selain itu, mereka turut mengucapkan tahniah kepada Stacy kerana beliau akhirnya berjaya memenangi anugerah AJL sebagai seorang komposer lagu.

Peminat AJL turut mengakui mereka sangat terpegun dan terkesima dengan penyampaian Marsha pada malam kemuncak AJL 36.

Ramai yang terpukau dengan lontaran dan kelunakan suara Marsha yang selama ini mungkin dianggap ‘biasa’ sahaja oleh segelintir pihak.

Sementara itu, menerusi akaun Instagram milik pencipta lagu Cinta, Akim menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada isteri tercinta kerana kesudian Stacy untuk bersama-sama mencipta lagu tersebut.

Alhamdulillah, syukur kepada Yang Esa. Terima kasih isteri terpaling dicintai yang telah menjadikan seorang pejuang dengan rasa cinta dalam diri. Terima kasih bersama menghasilkan lagu Cinta. I love you so much,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Akim turut mengakui dia dan Stacy tergamam apabila melihat susun atur muzik untuk AJL 36 dan gaya penyampaian Marsha begitu menyentuh hati mereka.

Terima kasih tak terhingga kepada @marshamilan yang mempersembahkan persembahan sehingga tak terkelip mata kami. Dengan arrangement music yang epik oleh Puan @generviekam, sumpah! Sangatlah terharu bila lagu ni di persembahkan sebegini rupa.

Terima kasih @cikgushafi yang membantu menyiapkan Marsha. @marshamilan sememangnya tak boleh diragukan tahap komited, profesional dan kesungguhannya. Terima kasih buat surprise dengan nyanyian yang penuh dengan penceritaan dan emosi, power!” tulisnya lagi.

Artikel berkaitan: Aina Abdul VS Pokok & Piala, Nabila Huda VS Statue of Liberty, Naim Daniel VS Billie Eilish? Jom baca coret-coret AJL36!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Mar 2019

Kekasih Cita Citata Usahawan Kaya Indonesia?

Beberapa kali putus cinta, akhirnya…

Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Featured Sun, 25 Aug 2024

“Sila Jaga Kata-Kata!” – Dituduh ‘Happy’ Madu Kematian Anak, Kakak Umisya Tegur Netizen… Dedah Adik Urus Jenazah Bayi Marissa

Sedasssss Kakak Umisya kasi. Ingat! Jaga kata-kata sebelum apa yang diucapkan tu berbalik pada diri sendiri nanti🔥🔥🔥

Trending Thu, 26 Nov 2020
Featured Wed, 2 Oct 2019

Senaman untuk wanita pertengahan usia

Jangan biarkan usia menjadi penghalang untuk tubuh badan yang sihat

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

“Dah Berapa Kali Daddy Datang, Tapi Tak Dapat Jumpa Fatima” – Fattah Amin Risau Anak Tak Sihat

Fattah Amin berkongsi keadaan kesihatan anaknya, Nur Fatima Aisya.

error: Content is protected !!