Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain July 7, 2022 @ 12:35pm

Cari Rezeki Untuk Keluarga Jadi Keutamaan, Naufal Azrin Teringin Nak Sambung Belajar

Penyanyi Naufal Azrin meluahkan keinginan untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma jika diberi peluang.

Menurut Naufal, meskipun dirinya berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, mencari rezeki untuk keluarga menjadi keutamaannya buat masa sekarang.

“Kalau diberi peluang, memang nak sambung belajar. Tapi cari rezeki untuk family menjadi keutamaan saya sekarang,” katanya ketika dihubungi XTRA.

Biarpun taraf pendidikan hanya setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), penyanyi itu turut menunjukkan minatnya untuk menyambung pelajaran dalam bidang seni lukis.

“Saya minat melukis dan ingin juga untuk ke arah yang lebih jauh dalam bidang lukisan. Tapi buat masa sekarang ni saya lebih suka menyanyi,” jelasnya.

Selain itu, Naufal juga sempat mengulas mengenai kefasihannya berbahasa Arab menerusi lagu duetnya bersama Nuha Bahrain yang bertajuk Casablanca.

“Sejujurnya, saya tidaklah boleh berbahasa Arab, tapi boleh untuk menyebut perkataan dalam Arab kerana sudah terbiasa mengalunkan bacaan-bacaan syair dalam bahasa Arab dari umur saya 14 tahun,” katanya.

Sebelum ini, Naufal sempat berkongsi rasa teruja apabila lagu tersebut mendapat penerimaan ramai dan telah melepasi 1 juta tontonan di YouTube.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya Pemuda Kacak Ini Anggota Kumpulan Nasyid… Jom Kenali Naufal Azrin, Penyanyi Lagu Casablanca!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Feb 2018

High Heels Cantik, Tapi Undang Bahaya

High heels atau kasut tumit tinggi memang cantik digayakan, tetapi tahukah anda bahawa pemakaian item fesyen ini punya kesan negatif kepada tubuh badan.

Hiburan Thu, 11 Jun 2026

Aaron Aziz Jadi Mangsa Scammer, Nama Dijual Perdaya Pelabur Projek Filem

Menurut Aaron, dia pernah didatangi individu yang mendakwa sudah mengeluarkan dana untuk projek yang kononnya membabitkan dirinya, sedangkan tiada sebarang perjanjian pernah dimeterai.

Hiburan Mon, 21 Apr 2025
Hiburan Tue, 18 Dec 2018

Ini Jawapan Win Aeril Zafrel Bila Wawa Minta Sofa Baru, Bagi Hint Ke Tu?

Wah, bukan main lagi jawapan Aeril buat Wawa kan?

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

Mila Bagi Amaran, Minta Maaf Atau…

Nampaknya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan pakej perkahwinan yang dikendalikan syarikat penyanyi Mila Jirin, Bizmilla.  Tindakannya yang menulis di ruangan komen di laman sosial sebuah portal dengan menggunakan nama akaun @suesharudin membuatkan […]

error: Content is protected !!