Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 7, 2022 @ 1:53pm

Aina Abdul VS Pokok & Piala, Nabila Huda VS Statue of Liberty, Naim Daniel VS Billie Eilish? Jom Baca Corat-Coret AJL 36!

Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL 36) telah melabuhkan tirai dengan jayanya pada malam tadi.

Berlangsung dalam suasana norma baharu, AJL 36 dimeriahkan dengan kehadiran penontan terhad kepada 200 orang.

Seperti biasa, anugerah berprestij ini pasti diwarnai dengan pelbagai elemen kejutan yang disajikan oleh 12 finalis AJL 36 semasa acara berlangsung sehingga berjaya menarik perhatian orang ramai.

Jom kita throwback semula momen menarik yang berlaku sepanjang AJL 36 berlangsung:

1. Baju Aina Abdul disamakan dengan pokok dan trofi Grammy Awards

Aina Abdul merupakan antara finalis AJL 36 yang paling dinantikan oleh peminat! Pemilik vokal bersuara tinggi dan lunak ini sekali lagi menjadi perbualan netizen di ruangan media sosial apabila busana Aina semasa persembahan Nafas Cinta bersama Khai Bahar disamakan seperti Groot versi perempuan.

Tak habis disitu, Aina juga disamakan dengan kartoon Fifi & The Flowerpots.

Selain busana bunga-bungaan, busana Aina sekali lagi tular ketika dia tampil membuat persembahan Sepi yang disamakan dengan bentuk trofi Oscars dan Grammy Awards.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang sempat membandingkan busana yang dipakai Aina dengan penyanyi antarabangsa, Lady Gaga.

2. Cinta, Marsha Milan buat semua orang ‘goosebumps’!

Setelah 16 tahun penantian, ini pertama kali penyanyi kelahiran rancangan realiti ini berjaya melangkahkan kaki ke anugerah berprestij AJL.

Lagu Cinta hasil nukilan Hang Nadim (Akim Ahmad) dan Bunga Cantik (Stacy) telah berjaya membuktikan kehebatan vokal Marsha yang selama ini mungkin tidak diberi perhatian.

Usai membuat persembahan, nama Marsha tular di ruangan media sosial dan rata-rata peminat terkesima mendengar nyanyian dan vokal mantapnya.

Jadi, tidak hairanlah sekiranya Marsha berjaya memenangi anugerah Persembahan Terbaik sekaligus merangkul gelaran Naib Juara AJL 36.

3. Nabila Huda VS Statue of Liberty

Pengacara AJL 36 juga terkena tempiasnya dan tular apabila busana keduanya diperkatakan netizen yang seakan sama dengan Statue of Liberty New York.

Bukan itu sahaja, pelakon yang mesra disapa dengan nama Abil ini juga hampir terjatuh di atas pentas. Mungkin Abil nampak gementar pertama kali bergandingan dengan Alif Satar untuk mengacarakan anugerah berprestij itu, tetapi percubaan Abil sebagai pengacara AJL 36 boleh dibanggakan, good job!

Tak pasal-pasal, terkena juga ya!

4. Persembahan Pelukan Angkasa memukau

Ternyata lagu Pelukan Angkasa nyanyian Shila Amzah dan Sekumpulan Orang Gila (SOG) malam tadi berjaya mencuri perhatian juri dan semua penonton sehingga dinobatkan sebagai juara AJL 36.

Dengan bait-bait lagu yang cukup deep, Pelukan Angkasa tampil dengan persembahan yang penuh bertenaga dan bersemangat serta cukup memukau sehingga mendapat ‘standing ovation’ penonton.

5. Naim Daniel terbang bersama katil, ikut jejak Billie Eilish?

Paling ‘gila’ dan berani apabila Naim tergantung di atas katil sepanjang persembahan dia berlangsung! Fuh.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berkata persembahan pentas Naim seakan sama dengan penyanyi antarabangsa, Billie Eilish.

Di ruangan Twitter, peminat AJL risau akan keselamatan Naim namun dia tampak sangat bersahaja dan tenang semasa menyanyi.

6. Syamel dipuji sweet & creative bawa Boneka

Antara finalis AJL 36 yang paling dinantikan, lagu penyanyi bersuara lunak Ernie Zakri menjadi kejutan apabila orang ramai tidak menyangka suami tercinta, Syamel yang akan menggantikannya.

Persembahan Syamel juga berjaya menjadi tarikan dan pujian apabila dia membawa lagu Boneka dengan gaya tersendiri. Syabas Syamel!

7. Legend! Wings kembalikan nostalgia!

Persembahan penutup daripada kumpulan Wings semestinya berjaya memukau orang ramai dengan kehebatan lontaran suara penyanyi, Datuk Awie.

Ramai yang seakan ‘menggila’ baik di rumah mahupun di dewan malam tadi ketika persembahan Wings berlangsung.

Fuh, Awie seperti tak telan dek usia ya! Masih bertenaga dan wajarlah sehingga kini digelar otai Rock Malaysia.

8. ‘Tembakan’ Neelofa tepat, digelar ‘Queen of Prediction’.

Pengacara dan selebriti terkenal Neelofa ini, dalam diam sebenarnya ahli tilik ke? Sekali lagi tekaan dan andaian Neelofa tepat apabila dia meneka Pelukan Angkasa menjadi Juara AJL 36!

Fuh, selama tiga tahun berturut andaian Neelofa tepat iaitu pada AJL 32, AJL 33, dan AJL 34. Kali ini, tambah satu lagi tahun, AJL 36! Cayalah!

Bagaimanapun, coret-coret ini adalah apa yang berlaku sepanjang AJL 36 berlangsung. Tidak lengkaplah nama AJL tanpa ada sebarang aksi yang mengejutkan semua orang bukan? Hehe!

Di kesempatan ini, XTRA ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang AJL 36!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 May 2025

Fesyen Tudung Dikritik, Tya Ariffin Titip Kata-Kata – “Kesempurnaan Hanyalah Milik-Nya”

Tya menitipkan pesan agar netizen sentiasa berfikiran positif.💅🏻✨

Eat Travel Wed, 9 Oct 2019

Destinasi percutian hujung minggu yang pasti berbaloi!

Lima tempat ini pasti memberikan ketenangan buat pengunjungnya

Hiburan Sun, 11 May 2025

Suntikan Motivasi Siti Nurhaliza & Fizie Roslan Jadi Pembakar Semangat Perisma

Semangat yang ditunjukkan oleh kedua-dua selebriti itu memberikan dorongan moral yang sangat bermakna kepada Perisma

Hiburan Sun, 15 Oct 2023

“B*doh Tak Ada Sivik!”- Nabila Huda Berang Sikap Individu VIP Buang Puntung Rokok Merata-Rata

Haa…kan Abil dah marah! Kalau tak reti nak buang elok-elok, takyah hisap rokok lah!

Fab Foodies! Thu, 25 Apr 2019

Complete Your Starbucks Tumbler Collection with This New Summer Series Release

Even if you’re not a collector, you’ll want these tumblers for sure.

Hiburan Wed, 5 Sep 2018

Video Siti Nurhaliza Ke Majlis Perkahwinan Pekerja Tular, Pengurus Tampil Perjelas Hal Sebenar

Anda harus tahu, @cteafairuz menunjukkan reaksi risau kerana walaupun dia pengantin, dia masih rasa tanggungjawab sebagai tuan rumah, sebagai staff kepada @ctdkdan tentunya dia mahu memastikan @ctdkdapat menjamu selera dengan selesa. Tidak timbul soal tak suka, tak senang dengan kehadiran beliau.

Trending Fri, 22 Jun 2018

Serba Tak Kena, Jaket Melania Trump Jadi Bualan!

Saya harap selepas lawatan di Texas ini, pihak media tidak lagi memilih untuk memberi lebih tumpuan kepada pakaiannya.

error: Content is protected !!