Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari February 22, 2024 @ 8:46pm

Jenazah Tun Abdul Taib Selamat Disemadikan Di Sebelah Pusara Isteri Pertama

Jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia di Kuala Lumpur semalam telah selamat dikebumikan pada 1.50 petang hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, pengembumian tokoh negarawan Sarawak itu disaksikan oleh Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, anakanda baginda Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Kira-kira 1,000 ahli keluarga, kenamaan, pegawai Kerajaan serta orang awam memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Pengebumian Allahyarham Abdul Taib yang dijalankan dengan istiadat penghormatan negeri turut dihadiri Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dengan tiga timbalannya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham ditempatkan di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada jam 7.50 pagi bagi membolehkan rakyat memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak selama 32 tahun.

Selepas itu, jenazah dibawa ke Masjid Demak Jaya pada jam 11.30 pagi dan solat jenazah yang diketuai Imam Besar Negeri Sarawak, Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi dijalankan selepas waktu Zohor.

Untuk makluman, jenazah Allahyarham disemadikan di sebelah kubur isteri pertamanya, Allahyarham Puan Sri Laila Taib di Tanah Perkuburan Demak Jaya, disebelah masjid berkenaan.

Tun Abdul Taib disahkan meninggal dunia pada 4.40 pagi semalam selepas 10 hari menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: Tun Abdul Taib Mahmud Meninggal Dunia

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 5 May 2020

Pembayaran Fasa 2 BPN Kepada B40, M40 Kini Bermula- Menteri Kewangan

Berita penting buat mereka yang memohon BPN!

Hiburan Fri, 22 Aug 2025

Rumah Tangga Sedang Bergolak, Artis Lelaki Kantoi Berhibur Di Kelab Malam Dengan Wanita.. Dikritik Tak Sedar Diri

Individu yang enggan dikenali mendedahkan artis lelaki tersebut seolah-olah tidak terkesan dengan isu rumah tangganya

Featured Tue, 23 Jun 2026

Ukir Fenomena Luar Biasa! Kutipan Panggung Filem Polong Raih RM15 Juta

Polong terus mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya mencatat kutipan RM15 juta selepas beberapa minggu ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Trending Thu, 10 May 2018

极似黑武士披风! IKEA「暗黑雨衣」来了

IKEA身为家具龙头,近期疯狂与众多潮流品牌推出联名商品,如Off-White、STAMPD等,除了家具IKEA也推出联名服饰,全新的尝试令人耳目一新。

Hiburan Fri, 28 Feb 2025
Featured Wed, 10 Sep 2025
Trending Tue, 13 Oct 2020
Featured Wed, 21 Sep 2022
Featured Fri, 20 Mar 2020
error: Content is protected !!