Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 24, 2026 @ 10:25am

Kakak Umisya Mazlan Throwback Isu Kontroversi, Kongsi Hikmah Di Sebalik Ujian – “Ada Doa Yang Allah Simpan Jawapannya” 

Kakak kepada pempengaruh media sosial, Umisya Mazlan iaitu Nadia mencuri perhatian selepas berkongsi semula hantaran yang ditulisnya pada tahun lalu ketika adiknya itu berdepan isu kontroversi melibatakn hubungan diantara suaminya dan Marissa Dania.

Katanya menerusi perkongsian di Threads, ketika fasa sukar itu berlaku, dia hanya mampu memberikan sokongan dan menjadi pendengar setia untuk adiknya.

Akuinya, sebagai seorang kakak, adalah tanggungjawab untuk menjadi pelindung sekali gus berkongsi rasa dengan Umisya.

“Throwback waktu tulis caption ni bulan November 2025. Masa ni belum terjangka apa yang Allah dah Janjikan buat mereka.

“Ketika menulis ini wallahi hanya kata-kata semangat yang sentiasa ada dari kakak untuk adiknya. Dan sehingga hari ini kakak masih belum “sign off” sebagai seorang kakak.

“Masih lagi kakak yang menjadi tempat berlindung ketika memerlukan, menjadi tempat luahan ketika dalam kebuntuan, merasa “sakit yang sama” ketika membaca cerita tentang kamu,” katanya.

Mengakui setiap ujian ada hikmahnya, Nadia akur dan percaya setiap doa akan dimakbulkan dengan cara yang paling tepat.

“Dan hari ini, apabila menoleh ke belakang, semakin kakak faham… Ada ‘doa’ yang Allah simpan jawapannya, Ada ‘luka’ yang Allah sembuhkan dengan cara yang tidak dijangka. Dan ada takdir yang hanya akan kita fahami apabila tiba ‘waktunya’,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 12 Jul 2018

Wak Doyok Pilih Gadis Biasa Bukan Artis

Sebelum ini, Wak Doyok pernah dikaitkan dengan model jelita Indonesia, Malika Askarova dan bekas personaliti TV3 Azrinaz Mazhar Hakim.

familuv Thu, 8 Nov 2018
Trending Sat, 8 May 2021

Semua Bazar Ramadan, Aidilfitri DiTUTUP Mulai Isnin

Semoga urusan para peniaga dipermudahkan

Hiburan Fri, 13 Jul 2018

Wow! Si Cantik Uyaina Arshad Bakal Jadi Pengacara Liga Dangdut

Saya adalah pengacara luar pertama. Jadi, banyak mendapat sokongan dan tunjuk ajar daripada rakan pengacara yang lain juga. Pastinya, peluang ini sangat bermakna, segali gus ia menguji kemampuan sebenar saya sebagai pengacara.

Hiburan Tue, 6 Jun 2023
Hiburan Thu, 14 Feb 2019

Kata-Kata Ahmad Dhani Menerusi Surat Dari Penjara Bikin Sebak

Semoga Ahmad Dhani dan keluarga terus kuat!

Hiburan Mon, 27 Jan 2020
error: Content is protected !!