Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops November 8, 2018 @ 9:00am

14 Foto Yang Menunjukkan Bagaimana Kate Middleton Mendominasi Tanggungjawabnya Sebagai Seorang Ibu

Sebagai Duchess Of Cambridge dan isteri kepada seorang putera Britain, dia perlu melaksanakan pelbagai tugasan dan urusan penting seperti membuat penampilan di majlis-majlis keramaian serta membuat kerja-kerja amal.

Tapi pada masa yang sama Kate Middleton tak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu. Dia dan suaminya Putera William mempunyai tiga orang cahaya mata, iaitu George, 5, Charlotte, 3, dan Louis, 6 bulan.

Walaupun mereka bertiga dijaga oleh seorang nanny yang berkemampuan, Kate tetap mencari sebanyak mana peluang yang mungkin untuk menghabiskan masa dengan mereka. Contohnya, dia dan William sendiri yang menghantar George ke sekolah.

Selain itu, Kate juga pandai melayan anak orang lain. Tak nampak kekok langsung.

14 gambar di bawah ini menunjukkan bagaimana Kate boleh dikira sebagai pro dalam menangani hal-hal berkaitan dengan kanak-kanak.

1. Ketika George masih kecil, Kate menghiburkannya dengan membuat mimik muka kelakar

Foto: Marty Melville/Pool/Reuters

2. Apabila George dah besar, dia menghiburkan hati anaknya ini dengan mainan

Foto: Chris Wattie/Reuters

3. Dengan tegas, dia menyuruh kanak-kanak senyap di majlis perkahwinan kakaknya Pippa

Foto: WPA Pool/Getty Images

4. Dia pastikan gaya rambut George cukup kemas dan ready untuk kamera

Foto: Chris Jackson/Getty Images

5. Dia mengajar Charlotte bagaimana untuk membuat lambaian diraja (royal wave)

Foto: Chris Jackson/Getty Images

6. Dengan mahirnya, dia melayan kerenah anak perempuannya di khalayak ramai tanpa perlu panik

Foto: Chris Jackson/Getty Images

7. Dia juga tak kisah untuk mengangkat dan mengendong George ketika dia merajuk

Foto: Richard Pohle/Pool/Reuters

8. Dengan bayi orang lain pun Kate okay

Foto: Richard Pohle/Pool/Reuters

9. Supaya pertemuan mereka lebih personal, Kate tak kisah untuk membongkokkan badan ketika berinteraksi dengan kanak-kanak

Foto: Christopher Furlong/Getty Images

10. Dia pandai berseni dan mengajar anak kecil dan tak kisah jika tangannya kotor

Foto: Eddie Mulholland/WPA Pool/Getty Images

11. Dia pandai menceriakan kanak-kanak yang tidak sihat

Foto: Frank Augstein-WPA Pool/Getty Images

12. Dia juga menggunakan platformnya untuk mengajar tentang kepentingan kesihatan golongan ibu

Foto:

13. Dengan pantas dia datang membantu pujuk Charlotte ketika si kecil itu jatuh di balcony Istana Buckingham

Foto: Chris Jackson/Getty Images

14. Dia adalah Duchess of Cambridge tapi dia juga seperti ibu-ibu lain

Foto: James Whatling/Pool/Reuters

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 3 Oct 2019

Panduan posisi tidur selamat dan terbaik bagi wanita hamil

Tidur yang berkualiti amat penting bagi ibu dan kandungan.

Events Thu, 29 May 2025

Selepas 12 Tahun, Datuk Andre Goh Buat ‘Comeback’ Di Konsert Simfoni Budaya 2.0 Bersama MPO

Datuk Andre Goh, buat kemunculan istimewa dalam Konsert Simfoni Budaya 2.0

Featured Fri, 10 Jan 2020
Featured Mon, 21 Jun 2021

Cara Mohon Dan Semak Kelayakan BPR Tambahan, Bayaran RM 100 Hingga RM 500 Akhir Jun Ini

Umum maklum, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa golongan B40 akan menerima bantuan tunai sekali beri sebanyak RM500 sementara penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berpendapatan RM1,000 ke bawah akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM500 […]

Eat Travel Tue, 16 Oct 2018

15 Bandar Yang Paling Top Di Dunia, No. 5 Paling Gorgeous

Ambil inspirasi untuk destinasi percutian anda yang akan datang.

Featured Sun, 12 Sep 2021
Featured Tue, 12 Sep 2023
Featured Thu, 2 Mar 2023
Featured Wed, 27 Jun 2018

Lepas Tengok Gambar Scary Ini, Anda Takkan Lagi “Terlupa” Untuk Tanggalkan Maskara Sebelum Tidur

Seorang wanita tak tanggalkan maskaranya dengan betul. Inilah akibatnya.

error: Content is protected !!