Apakah yang membuatkan sesuatu bandar itu hebat? Seni bina unik, restoran yang lain daripada yang lain, budaya yang pelbagai, serta kedai-kedai menarik mesti ada.
Selain itu, street life yang meriah, penduduk tempatan yang mesra dan wujudnya hubungan harmoni dengan alam sekitar juga penting, ya!
Bandar-bandar yang disenaraikan di bawah ini telah dipilih oleh pengunjung portal pelancongan Travel+Leisure sebagai 15 bandar terbaik di dunia. Dan yang pasti, mereka menepati semua kriteria yang telah disebutkan di atas.
Setiap tahun untuk bancian anugerah “World’s Best” yang dijalankan oleh portal ini, para pembaca telah diminta untuk mengimbau kembali pengalaman melancong mereka ke seluruh dunia.
Untuk itu, mereka diminta berkongsi pendapat tentang bandar, pulau, kapal cruise, spa, syarikat penerbangan dan lain-lain yang terbaik.
Untuk bancian Top Cities, mereka telah memberi rating kepada bandar kegemaran mereka berdasarkan pemandangan dan landmark, budaya, makanan, kemesraan penduduk, shopping dan nilai keseluruhan.
Anda mungkin ingat bandar-bandar yang ramai pengunjung setiap tahun seperti London, Los Angeles dan Tokyo mesti termasuk sekali dalam senarai World’s Best Cities. Hehehe, tak semestinya!
Teruskan membaca artikel ini untuk melihat senarai 15 bandar terbaik di dunia yang telah diundi oleh pembaca.
Manalah tahu, mungkin anda nanti akan dapat idea untuk destinasi percutian anda yang akan datang.
15. Beirut, Lebanon
Markah: 87.04

Foto: Maremagnum/Getty Images
14. Istanbul, Turki
Markah: 87.09

Foto: Moment RF/Getty Images
13. Rome, Itali
Markah: 87.16

Foto: Francesco Iacobelli/Getty Images
12. Cape Town, South Africa
Markah: 87.63

Foto: Sergio Amiti/Getty Images
11. Mexico City, Mexico
Markah: 87.65

Foto: Nikolas Antoniou/Getty Images
10. Charleston, South Carolina, Amerika Syarikat
Markah: 87.79

Foto: Jordan Banks/Getty Images
9. Chiang Mai, Thailand
Markah: 87.93

Foto: Evgeny Ermakov/Getty Images
8. Hoi An, Vietnam
Markah: 88.09

Foto: John Harper/Getty Images
7. Luang Prabang, Laos
Markah: 88.20

Foto: Manfred Gottschalk/Getty Images
6. Florence, Itali
Markah: 88.29

Foto: Nagy Melinda/Getty Images
5. Kyoto, Jepun
Markah: 88.42

Foto: Prasit photo/Getty Images
4. Ubud, Indonesia
Markah: 88.74

Foto: Job Jansweijer/Getty Images
3. Udaipur, India
Markah: 89.31

Foto: Hadi Zaher/Getty Images
2. Oaxaca, Mexico
Markah: 90.52

Foto: Melissa Kuhnell/Getty Images
1. San Miguel de Allende, Mexico
Markah: 91.94

Foto: Sergio Mendoza Hochmann/Getty Images
Adakah mana-mana daripada 15 bandar ini menepati jangkaan anda?
Seperti yang anda lihat, negara Mexico muncul juara dengan tiga penyertaan. Sebuah oasis kolonial di tanah tinggi negara tersebut, San Miguel de Allende mendapat tempat pertama untuk kali kedua.
Kali pertamanya adalah pada tahun lepas yang juga merupakan kali pertama ia tersenarai dalam sejarah anugerah ini yang merentasi 23 tahun. Hebat!
Dengan seni bina berinspirasikan flora dan jalan berjenis cobblestone, San Miguel nampak macam kawasan perkampungan tetapi jumlah pelukis yang ramai menyuntik suasana kosmopolitan di dalam bandar ini.
“Ada banyak kedai yang menjual kraftangan, barang kemas dan seni lukis tempatan. Bawa beg ekstra!” tulis seorang pembaca Travel+Leisure.
Wah, tak pernah tahu pun!
Sumber: Travel+Leisure








