Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin May 29, 2025 @ 6:26pm

Selepas 12 Tahun, Datuk Andre Goh Buat ‘Comeback’ Di Konsert Simfoni Budaya 2.0 Bersama MPO

Setelah lama menyepi daripada dunia seni, penyanyi lagenda tanah air, Datuk Andre Goh, akhirnya tampil membuat kemunculan istimewa dalam Konsert Simfoni Budaya 2.0 anjuran Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) yang dijadualkan berlangsung pada 5 Julai ini di Dewan Filharmonik Petronas (DFP).

Menurut beliau, konsert yang mengangkat irama Melayu asli ini disifatkannya sebagai salah satu inisiatif penting dalam memartabatkan warisan muzik tradisional tanah air yang semakin dilupakan.

“Terima kasih kepada MPO. Ini kali ketiga saya membuat persembahan di Dewan Filharmonik.

“Kali terakhir adalah pada tahun 2013. Usaha sebegini amat baik kerana lagu Melayu asli adalah khazanah dan identiti negara kita,” katanya.

Kebimbangan Lagu Tradisional Terkubur Tanpa Pelapis

Dalam pada itu, pelantu lagu Mas Merah ini secara terbuka meluahkan kerisauan terhadap masa depan lagu-lagu tradisional seperti ghazal, keroncong dan zapin.

Menurutnya, lagu-lagu bergenre sebegini semakin kurang mendapat perhatian generasi muda.

“Saya bimbang jika suatu hari nanti lagu-lagu ini hanya menjadi koleksi arkib di muzium.

“Lagu-lagu dahulu sangat kaya dengan identiti dan kenangan, berbeza dengan trend muzik hari ini.

“Kita perlukan pelapis yang benar-benar berbakat untuk meneruskan legasi ini,” jelasnya.

Tampil penyanyi muda berbakat

Bagaimanapun, beliau  tetap optimis dengan kehadiran penyanyi-penyanyi muda dalam konsert ini antaranya, Zehra Zamri, Danial Chuer, Hazra Dollah dan Rojer Kajol, yang menurutnya memberi sinar harapan terhadap kesinambungan lagu-lagu tradisional Melayu.

Konsert Simfoni Budaya 2.0 Bersama MPO ini turut dipimpin oleh pengarah muzik terkenal, Ahmad Muriz Che Rose, dan bakal mempersembahkan gabungan menarik antara irama joget, asli dan zapin bersama keunggulan orkestra moden.

Antara karya malar segar yang bakal dipersembahkan termasuklah, Dikirim Jangan Dipesan Jangan, Mas Merah, Fatwa Pujangga, Nirmala, Tudung Periuk, Simfoni Bunga Tanjung, Joget Burung Merpati, Makan Sireh, Joget Wan Lebor, Mak Inang Kayangan.

Sekadar info, Simfoni Budaya 2.0 dijangka menjadi malam penuh nostalgia dan keraian budaya,mempamerkan keindahan lagu Melayu asli dalam susunan orkestra yang memukau.

Konsert ini bukan sahaja menyatukan generasi lama dan baharu, malah memperkukuh jati diri budaya bangsa menerusi muzik yang tidak lapuk dek zaman.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 14 Jun 2019

‘Arwah Pandai Ambil Hati’- Isteri Allahyarham A Rahman Hassan Kongsi Kenangan Lima Tahun Bersama

Arwah sangat penyayang dan pandai mengambil hati orang. Saya masih bersedih atas kehilangannya.

Featured Mon, 1 Apr 2024

Tebuk Bacaan Al-Kahfi, Netizen Puji Alif Satar – “Nyanyi Sedap, Mengaji Sedap… Boleh Buat Album Mengaji 30 Juzuk Ni”

Meremang ek bila dengar orang mengaji atau menghafaz dengan bacaan yang baik. Salute! ❤️👏

Featured Mon, 19 Aug 2019
Hiburan Mon, 23 Dec 2019
Hiburan Thu, 3 Oct 2019

Dilarang Menaiki Pesawat Di Vietnam Hanya Kerana Isu Bateri Macbook Pro

Beliau kini tersangkut di Vietnam untuk pulang ke Eropah.

Events Thu, 11 Apr 2019

电影《姐妹》搞绰头「不满电影可退票!」

电影《姐妹》搞绰头!监制阿米尔说“看了电影不满意的可以退票。”

Featured Mon, 3 Oct 2022

Transisi Baru Emma Maembong Berambut Pendek Curi Perhatian!

Semua pun lawa… tapi kalau berhijab lagi lawa!🤞

Hiburan Thu, 10 Oct 2024

Shamsul Ghau Ghau Puji Fattah Amin Tak Buka Aib Fazura – “Berdiam Diri Tak Bermakna Kalah, Kebenaran Akan Muncul”

‘Kenapa yang buruk-buruk nak cerita kat orang, diam sudah’ – Shamsul Ghau Ghau

error: Content is protected !!