Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops August 19, 2019 @ 1:00pm

Jom dengar lagu Baby Shark dalam versi balada dengan lirik ngeri

Lagu kanak-kanak ‘Baby Shark’ pernah menjadi tular sedikit masa dahulu kerana melodinya yang santai dan ceria, namun rasanya jika anda mendengarnya sekarang ini, pasti anda berasa seperti mahu memukul seseorang!

Mana tidaknya? Lagu ini telah dimainkan berjuta kali  yang mana video muziknya di YouTube sudah dimainkan lebih 3.2 bilion kali hingga ia menghantui diri kita. Lebih merunsingkan ialah lirik dan melodinya tetap sama tetapi ia dilagukan berulang-ulang.

Apabila sudah dengar sekali dua, kita tidak boleh nafikan yang liriknya memang catchy dan comel. Tetapi cukuplah sekali dua itu. Ia disasarkan kepada golongan cilik, tetapi kini ia terlalu popular hingga orang dewasa pun terjebak sama terleka apabila mendengar lagu berkenaan.

Tidak mengapa, jika anda tidak berminat dengan rentak asal yang kebudak-budakan itu, mungkin anda akan lebih menyukai lagu Baby Shark dalam versi balada ini.

Pemuzik David Sikabwe dari Texas telah mengubah suai lagu ini dengan menggantikan melodi ceria yang asal dengan sesuatu yang berbunyi lebih lembut dan sentimental.

Tetapi jangan ingat versi balada ini ialah satu lagu yang romantik. Hasil ciptaan David ini disertakan juga dengan lirik ngeri yang menceritakan pemikiran seseorang yang akan dibaham oleh sekumpulan ikan yu!

Liriknya berbunyi begini:

I didn’t think that I would die today.

They smelled my bleeding wounds a mile away.

It won’t be long. They keep a steady pace.

The ocean floor will be my resting place.

Now I can faintly hear those sirens sing.

My life is hanging from the thinnest string, the thinnest string.

They move in packs. Now they’ve surrounded me. 

Not one or two; it’s a whole family.

Menyeramkan! Bagaimanapun, melodi balada ini memang menenangkan. Sedap juga suara David. Betul tak?

Tetapi jika anda lebih suka versi asal, jom dengar!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 Jun 2025
Featured Wed, 3 Jun 2026

Penampilan Terkini Nora Ariffin Dipuji Lawa Persis Anak Dara – “Contoh Artis Yang Buat Bariatrik Tapi Kekal Cantik”

Datuk Nora mencuri perhatian apabila penampilannya dipuji lawa persis anak dara.

Gaya Hidup Wed, 6 Jun 2018

Gunakan Dapur Gas Biasa Pun Boleh Untuk Buat Kuih Gebu Dan Rangup, Ini Caranya

Hasilkan biskut raya hanya dengan bakar atas dapur gas sahaja!

Featured Wed, 22 Mar 2023

Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo Bakal ‘Menggila’ Di Konsert Jiwa Kacau!

Fuhhh cool gila! Jangan lupa dapatkan tiket Jumaat ini

Featured Tue, 9 Sep 2025

Rakan Baik Amira Othman Kongsi Momen Sempena Sambutan ‘Bachelorette Party’- “Lama Simpan Rahsia Ni”

Rakan-rakan baik Amira Othman tampil dengan kejutan sambutan Bachelorette Party.

Featured Fri, 29 Aug 2025

Filem Assalamualaikum Baitullah: Sarat Dengan Sajian Emosi Tentang Cinta, Kehilangan & Keikhlasan

Sebuah filem yang sarat dengan emosi, pengajaran serta perjalanan spiritual.

Featured Thu, 2 Mar 2023
Featured Wed, 6 Apr 2022

‘April Fool’ Tarikh Rasmi Dr Soo Wincci Dilantik Sebagai Profesor Madya

Penyanyi Dr Soo Wincci mencipta sejarah apabila menjadi Miss World Malaysia yang pertama dilantik sebagai Profesor Madya dalam bidang muzik. Pelantikan tersebut melayakkan Wincci mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) pada 1 April lalu. […]

Featured Thu, 11 Dec 2025

“Tak Ada Agenda Tersembunyi, Hanya Hak Anak & Ibu Bapa Yang Saya Perjuangkan”- Rita Rudaini

Rita berkata, sejak awal lagi fokusnya hanyalah mempertahankan kebajikan mereka yang terkesan dengan isu yang dibangkitkan.

error: Content is protected !!