Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 2, 2023 @ 2:30pm

“Ketika Bijak Itu Diinjak, Bicaralah!”- Suami Didakwa Nikah Wanita Muda, Status Ibu Shila Amzah Raih Perhatian

Selepas nama Datuk ND Lala dipetik ketika gosip selebriti popular 80-an didakwa berkahwin dengan wanita muda secara rahsia heboh diperkatakan, isterinya, Datin Fauziah Sarman memuat naik foto mereka beserta kapsyen dan tanda pagar di Instagram, baru-baru ini.

Bagaimanapun, menerusi pemerhatian XTRA, ibu kepada penyanyi popular, Shila Amzah itu sekali lagi mengundang perhatian warganet apabila hantaran terkini di laman sosial itu sekali lagi mengundang perhatian warganet apabila hantaran terkini di laman sosial itu mencetuskan tanda tanya seolah-olah mempunyai maksud yang tersirat.

“Jika sekiranya diam itu bijak, lakukanlah. Tapi ketika bijak itu diinjak, bicaralah, “ tulisnya.

Bahkan, kapsyen berkenaan turut disertakan dengan tanda pagar ‘Allah Tak Tidur’ dan ‘Alhamdulillah For Everything’.

Menjengah  di ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar pasangan tersebut kekal bahagia dan terpelihara dari perkara-perkara negatif.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Sarman (@mamazie68)

 

Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, cubaan untuk mendapatkan komen Shila berhubung isu tersebut gagal kerana dia sedang sibuk membuat persediaan konsert solonya di Plenary KLCC pada Sabtu ini.

Terdahulu, Shila pernah memaklumkan bahawa rumah tangga ibu bapanya sedang melalui fasa sukar.

ARTIKEL BERKAITAN:Gosip Selebriti 80-an Kahwin Wanita Muda, Netizen Petik Nama ND Lala… Isteri Pula Kongsi Foto Sempena Anniversary Ke-35

 

Sumber: Instagram, Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 8 Jan 2018

Pelajar Malaysia Dengan Kostum Spiderman Meninggal Dunia

Pelajar Malaysia Dengan Kostum Spiderman Meninggal Dunia Mati Terjatuh Dari Tingkat Lima Asrama

Hiburan Tue, 8 Jan 2019

Ini Perkara Menarik Yang Korang Mesti Tak Tahu Bila Tonton Drama Korea – Encounter?

Wah! Ensem kan Oppa korang ni? Mesti melting tengok drama-drama dia kan

#TriviaXTRA Tue, 27 Jun 2023
Hiburan Mon, 25 Mar 2019

Gandingan Dengan Zulin Aziz Menjadi, Achey Berjaya Rebut Juara Mingguan Sekali Lagi!

Kali kedua bergelar Juara Mingguan, Achey sekali lagi bawa pulang wang tunai RM 10,000 malam tadi. Tahniah Achey!

Trending Thu, 7 Mar 2019

Kylie Jenner Diiktiraf Billionaire Paling Muda, Wow!

Siapa sini peminat produk Kylie Cosmetics angkat tangan!

Hiburan Tue, 12 Feb 2019
error: Content is protected !!