Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain January 4, 2024 @ 3:01pm

Terima DM Kurang Senang… Wajah Dikatakan Persis Bab*, Ryun Ryry Digelar S*ndal Gara-Gara Watak Penyondol

Pelakon Ryun Ryry tampil mendedahkan dirinya menerima Direct Message (DM) yang berbaur kurang senang dari seorang pengguna Instagram, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (Igs), individu tersebut telah menyerang pelakon drama TV3 Hati Tercarik Luka itu kerana kurang senang dengan watak yang dijayakannya sebagai penyondol.

Selain melemparkan tohmahan terhadap aktres itu, individu terbabit turut menggelarkan Ryun dengan panggilan kurang senang iaitu sundal.

Menurut Ryun, itu bukanlah kali pertama dia menerima kecaman dek kerana membawa watak antagonis dalam sesebuah drama.

Namun, dia tidak ambil hati atas setiap cacian dan kecaman yang dilemparkannya kerana dia hanya menjayakan sesebuah watak sahaja.

“Actually, ini bukan kali pertama saya bawa watak antagonis. Jadi setiap kali mendapat kecaman yang berkaitan dengan watak, saya anggap saya dah jayakan watak tu dengan sepatutnya and I’m happy for that.

“Mereka tak kenal saya personally and saya pun tak kenal mereka. Jadi, memandangkan kita pun tak kenal antara satu sama lain, Insya-Allah, sebarang perkara negatif yang dilemparkan kepada saya, saya tidak ambil hati.

“So, I’ve done my part. However you wanna react is on you and especially sendiri yang kena jawab nanti ,” katanya ketika dihubungi XTRA.

Meskipun teruk dikecam, Ryun tidak cepat melatah dan enggan mengambil sebarang tindakan terhadap individu berkenaan.

Malah, dirinya lebih selesa berpegang pada prinsip hidupnya untuk berbuat baik dengan orang sekeliling walau apa pun yang terjadi.

“Macam saya cakap, how people react is not my problem. Apa yang orang buat itu sebenarnya menunjukkan sikap mereka sendiri. Dan yang paling penting, apa yang mereka buat itu is their karma and how I react to it is mine.

“Mungkin mereka peminat tegar drama, kadang-kadang mereka terlebih emosi. Sejujurnya, saya rasa kelakar. Tapi, ibu saya selalu berpesan dari kecil untuk sentiasa berbuat baik dalam apa jua keadaan. And Inshallah, I will continue to live by that.

“Tipulah kalau saya kata perkara itu tak memberi kesan kepada saya Macam-macam diorang shaming saya. Muka awam la, muka buruk, muka macam babi.

“Adakala bila saya rasa terlalu terkesan, saya terus berhenti baca komen je. Tapi secara keseluruhannya, saya anggap itu lebih kepada masalah peribadi mereka sendiri,” jelasnya.

Ryun bagaimana pun turut meluahkan rasa bersyukur kerana ada juga yang tetap menghargai setiap karyanya dengan positif.

“Alhamdulillah, saya receive banyak sangat positive comments. Sebenarnya, saya rasa saya boleh bawa dengan lebih baik lagi di masa akan datang, Insya-Allah.

“Saya hargai setiap komen, ada antara mereka yang dah follow saya dari kecil. I’m grateful for them and excited for what’s to come,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Watak Penyondol Menjadi, Ryun Ryry Berjaya Buat Penonton Hati Tercarik Luka Menyirap! – “Rasa Nak Lunyai-Lunyaikan Je”

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 Aug 2022

[VIDEO] Lagu Meski ‘Wasiat’ Ezad Lazim & Nana Karia Pada Pasangan Hidup – “Kematian Adalah Topik Paling Berat Buat Suami Isteri”

Sebaknya min.. Nana kehilangan nadi selama 10 saat ketika menjalani rawatan IVF kali kedua. Lagu ini sangat mendalam maknanya, kalau dengar dengan teliti boleh jatuh air mata beb!

Featured Sat, 28 Feb 2026

Gabung Elemen Klasik & Moden Ernie, Syamel ‘Lari’ Ke Hong Kong Demi Lagu Raya Penuh Nostalgia

Pasangan penyanyi popular, Ernie Zakri dan Syamel kembali bergandingan menerusi single raya terbaharu berjudul, Suasana Raya.

Trending Tue, 7 Jul 2020

Malaysia Bakal Alami Kegawatan Ekonomi Lebih Dasyat? Ini Jawapannya..

Umum mengetahui, Malaysia kini mengalami kegawatan ekonomi yang merundum. Semenjak PKP bermula, kerajaan terpaksa menanggung kerugian hampir berbillion. Kadar inflasi ini membimbangkan rakyat dan muncul persoalan sekiranya kegawatan ekonomi ini lebih dasyat berbanding apa yang […]

Featured Thu, 2 Apr 2026

Gayong 2 Kembali Dengan Skala Lebih Besar & Emosi Lebih Mendalam

Gayong 2 bukan sekadar mengangkat perjalanan seorang guru silat, sebaliknya menyelami sisi lain kehidupan Meor Abdul Rahman

Featured Wed, 20 Jul 2022

[VIDEO] Angkat Isu ‘Body Shaming’ Dalam Karya Terbaharu, Zara Zya Harap Dapat Suntik Semangat Wanita ‘Plus Size’

Malam ni episod 2 gais! Tak sah kalau tak kering gusi tonton drama ni. Comel Zara Zya jadi chubby hehe

Featured Fri, 30 May 2025

Maryam Durian Kimchi Dikritik Pakai Baju Ketat, Ryzal Ibrahim Terbuka Terima Teguran

Kritikan yang diterima dianggap sebagai ada betulnya.

Featured Tue, 24 Jun 2025
Hiburan Mon, 23 Dec 2019

Nina Iskandar Selamat Lahirkan Anak Sulung

Tahniah buat Nina & Lan Lebah!

error: Content is protected !!