Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 5, 2022 @ 5:35pm

[VIDEO] Lagu Meski ‘Wasiat’ Ezad Lazim & Nana Karia Pada Pasangan Hidup – “Kematian Adalah Topik Paling Berat Buat Suami Isteri”

Penyanyi versatil kelahiran Singapura, Nana Karia mendedahkan lagu duet bersama penyanyi tanah air, Ezad Lazim berjudul Meski adalah sebuah lagu yang dititipkan sebagai wasiat buat pasangan hidup mereka.

Menurut Nana, 42, lirik lagu Meski ditulis selepas dia melalui proses kehidupan yang amat menakutkan apabila nadinya hilang selama tempoh 10 saat ketika menjalani rawatan In Vitro Fertisilisation (IVF) kedua.

Menceritakan lebih lanjut, Nana berkata perkahwinannya kini mencecah selama tujuh tahun namun belum diberikan rezeki untuk dikurniakan zuriat.

“Saya berkahwin pada tahun 2015. Dalam tempoh setahun setengah (2018 hingga hujung 2019) saya menjalani rawatan Intrauterine Insemination (IUI) dan In Vitro Fertilisation (IVF) sebanyak dua kali.

“Pengalaman IVF kedua tu amat memberi kesan mendalam pada saya. Semasa egg extraction surgery untuk keluarkan telur, saya perlu ditidurkan. Tetapi selepas itu, saya kehilangan nadi untuk 10 saat.

“Bila sedar, doktor nasihatkan saya untuk berehat daripada buat IVF dalam setahun dua, tapi bila suami saya diberitahu mengenai hal ini, dia tak mahu untuk buat lagi.

“Suami saya muda 9 tahun dari saya, dia kata biarlah tiada anak buat masa ini asalkan saya sihat dan sentiasa ada bersamanya,” luahnya.

Mengulas lebih lanjut, Nana turut berkata lagu ini menceritakan detik sukar dalam kehidupan sebagai pasangan suami isteri.

“Kami pernah berborak soal kematian. Bagaimana kehidupan suami saya sekiranya saya pergi dahulu, kami tiada anak. Kami mengalami waktu yang agak sukar memikirkan hal ini, jadi itulah inspirasi saya yang diluahkan menerusi lagu Meski ini,” katanya.

Sementara itu, ditanyakan mengenai maksud disebalik lagu Meski pada Ezad, dia berkata lirik yang disampaikan sangat berkait rapat dengan dirinya.

“Saya banyak kali jatuh sakit, ada masa memikirkan tentang kematian, merenung nasib kalau suatu hari nanti saya sudah tiada bagaimana dengan isteri dan keluarga saya.

“Kami luahkan segala rasa pada lagu in secara ikhlas dengan menggambarkan kehidupan kami yang melalui proses menakutkan,” kongsi Ezad.

Nana dan Ezad ditemui media ketika majlis pelancaran lagu Meski yang berlangsung di Hotel Royal, Kuala Lumpur pada Rabu.

Secara kesimpulan, lagu Meski hasil nukilan sepenuhnya komposer Jaybon Osman dan lirik ditulis oleh Nana Karia ini merupakan ‘wasiat’ yang disampaikan pada pasangan hidup sebagai penguat semangat untuk terus berjuang.

Lagu Meski boleh didengari melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, Spotify, Apple Music dan YouTube.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Dec 2025

Rahsia Gelap, Cinta Diragut, Hidup Musnah! Elizad Tanggung Derita Dalam ‘Perempuan Tidak Ternikah’

Elizad Sharifuddin sebagai Keisya, seorang wanita yang terpaksa menelan pahit getir kehidupan

Featured Tue, 9 May 2023
Featured Mon, 25 Aug 2025
Featured Wed, 18 Aug 2021

Dakwa Dapat Majoriti Penuh, Ismail Sabri Calon Perdana Menteri Ke-9

Berikutan keadaan politik yang melanda negara ketika ini, Dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengesahkan parti itu bersetuju menyokong Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon tunggal Perdana Menteri. Ahli Parlimen Pasir […]

Featured Tue, 31 Jul 2018

Tiada Lagi Penyedut Minuman Di Starbucks Pada Tahun 2020

Starbucks bakal menggunakan gelas dengan penutup rekaan baharu yang diperbuat daripada bahan biodegradable.

OMG Sat, 21 Apr 2018

Imam Dari Palestin Maut Ditembak

Polis turut menemui dua slug peluru dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Al- Fatihah buat mangsa…

Hiburan Wed, 23 Jan 2019

Siapa 12 Artis Wanita Dalam Lagu Terbaru MarK Adam?

Wah tak sabar nak dengar lagu Amnesia Mark ni!

error: Content is protected !!