Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 9, 2023 @ 2:28pm

Shuhada Didakwa Gugurkan Kandungan Secara Haram,  Ini Respons Hafidz Roshdi – “Dia Siap Minta Kos Bayaran Untuk…”

Beberapa hari lalu tular laporan mengatakan isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhadah Mat Sukri, 29, mengalami keguguran pada usia kandungan mencecah 14 minggu.

Menurut Shuhada, dia memaklumkan perkara itu kepada umum selepas ada dakwaan mengatakan dia sengaja menggugurkan kandungannya secara haram.

“Saya mengalami keguguran baru-baru ini atas sebab Allah dah ditakdirkan memang Shu tak dapat nak teruskan kandungan Shu.

“Yang kedua saya tak dapat kawal saya punya stress, saya dah tak makan ubat anti-depresi jadi itu salah satu sebab jugalah kenapa Shu tak dapat teruskan kandungan.

“Saya alami keguguran pada minggu keempat belas. Saya harap semua doakan yang baik-baik buat saya dan anak-anak.

“Tujuan saya beritahu berita sedih ini sebab saya tak nak perkara sama berulang sebab saya baru sahaja dapat berita yang saya dituduh sengaja melakukakan pengguguran secara haram.

“Untuk mengelakkan lagi fitnah dan tuduhan yang tidak berasas, jadi saya dan ahli keluarga dan pendapat daripada peguam jadi saya sepakat mengeluarkan khabar berita yang sedih ini untuk mengelakkan lagi sebarang spekulasi ataupun kecaman,” katanya.

Artikel Berkaitan:Nurul Shuhada Maklum Alami Keguguran, Tepis Dakwaan Sengaja Gugurkan Secara Haram

Susulan perkara tersebut, Hafidz, 28, ketika di temui di Mahkamah Tinggi Syariah, Selangor di sini berkata, dia ada menghantar pesanan menerusi aplikasi Whatsapp kepada Shuhada melarang agar isterinya itu  tidak menggugurkan kandungannya dan akan bertanggungjawab.

Namun, pada 5 Mei 2023, dia dimaklumkan bahawa Shuhada telahpun mengalami keguguran.

“Saya tidak bersetuju untuk dia (Shuhada) menggugurkan kandungan dan ada cakap kat dia agar jaga baik-baik kandungan tersebut.

“Dalam Whatsapp tu, dia ada beritahu mahu gugurkan kandungan. Jadi saya buat report polis untuk buat covering bagi pihak saya. 

“Terus terang saya kata, saya sedih apabila mengetahui mengenai perkara tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dengan kredibiliti peguam saya, mereka mampu untuk merungkai masalah yang terjadi,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

Sementara itu, kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis memandangkan Shuhada sebelum ini ada meminta bayaran kos untuk menggugurkan kandungan kepada suaminya namun gagal menunjukkan bukti.

“Bila dapat tahu mengenai hal tersebut,  saya sedih dan saya buat laporan polis untuk jalankan siasatan. Kerana, dia juga meminta duit bayaran untuk kos gugurkan kandungan tersebut tetapi, bila minta resit dan bukti… tak ada,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 Oct 2022
Hiburan Fri, 10 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: Debaran Memuncak, Siapakah 5 Finalis Bakal Gegar Pentas Akhir? Nantikan Pengumuman Pada Rabu Depan!

XTRA XSTAR 2025 semakin mendebarkan! Siapakah 5 finalis bakal berentap di pentas akhir?

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Fattah Amin Tak Sabar Sambut Syawal Dengan Anak, Dah Sedia Duit Raya Pada Fatima

Fattah Amin rancang bercuti luar negara dengan Fatima

Featured Tue, 4 Apr 2023

Hakim Tak Benarkan Penyerang Kamal Adli Diikat Jamin

Semoga Kamal Adli dapat keadilan yang sewajarnya

Hiburan Sun, 16 Apr 2023
Trending Fri, 4 Jun 2021

90 Peratus Peniaga Kecil Dijangka ‘Gulung Tikar’ Jika PKP Berterusan

Ayuh! sama-sama kita putuskan penularan Covid-19

Featured Fri, 7 Dec 2018

Pusat Hiburan Tidak Dibenarkan Beroperasi Melabihi Jam 1 Pagi bermula 2019. Ini Berita Baik!

Pada si kaki clubbing, tiba masanya untuk anda mencari hobi yang lebih berfaedah!

Trending Tue, 27 Apr 2021

Terus Diberi Peluang Galas Watak Hero, Aaron Aziz Luah Rasa Syukur

Biarpun dunia seni dimeriahkan dengan kemunculan ramai bakat muda, pelakon Datuk Aaron Aziz, 45, bersyukur dirinya masih dihujani tawaran berlakon drama dengan memegang watak hero. Terbaharu, Aaron bakal muncul dalam drama Imam Ku Lelaki Pendosa […]

error: Content is protected !!