Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari April 4, 2023 @ 8:54pm

Hakim Tak Benarkan Penyerang Kamal Adli Diikat Jamin

Umum mengetahui mengenai insiden pelakon Kamal Adli dipukul secara tiba-tiba oleh seorang lelaki ketika menyertai sebuah expo di Singapura pada Mac lalu.

Susulan itu, Mahkamah Singapura tidak membenarkan individu yang menyerangnya diikat jamin.

“Berdasarkan laporan Institut Kesihatan Mental (MHI), saya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin,” kata Hakim Daerah Brenda Tan hari ini.

Memetik laporan Bernama, hakim bersetuju terhadap permohonan pendakwaan untuk tidak menawarkan ikat jamin dan menangguhkan kes itu selama empat minggu untuk memberi masa kepada pegawai penyiasat melengkapkan siasatan.

“Kes ini ditangguhkan selama empat minggu kepada 2 Mei,” jelas Tan.

Tambah, tertuduh sebelum ini telah direman selama tiga minggu di IMH untuk menjalani pemerhatian psikiatri.

Tertuduh yang berumur 33 tahun itu telah didakwa di Mahkamah Negeri pada 14 Mac lalu atas kesalahan “disyaki terbabit dalam kes menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya”.

Dalam pada itu, berdasarkan Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika tertuduh disabit kesalahan dia akan dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan atau mana-mana gabungan hukuman itu.

Namun begitu, individu itu turut hadir ke mahkamah dan membantah permohonan pendakwa raya untuk tidak dibenarkan dirinya diikat jamin.

Walaubagaimanapun, tertuduh yang ditanya Hakim berkata semakan IMH mendapati dia “berkelakuan dan bertingkah laku baik”.

“Jadi saya tidak nampak kenapa saya tidak diberi tawaran jaminan,” kata tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Susulan itu, Tan menangguhkan kes itu selama tiga minit bagi membolehkan mahkamah membaca dua perenggan, khususnya 18 dan 21 dalam laporan IMH kepada tertuduh.

Malah, lelaki tersebut berkata “tidak semua dalam perenggan 18 dan 21 adalah benar… saya tidak setuju.”

Untuk info, pasangan pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli berada di Singapura untuk acara Jualan Mega Hari Raya 2023 di Dewan 5A Ekspo Singapura selama tiga hari.

Namun, pada 12 Mac Kamal Adli diserang tertuduh dengan kapak india sehingga cedera dan terpaksa menjalani pembedahan di hospital.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 30 Nov 2020
Hiburan Thu, 11 May 2023
Featured Mon, 23 Jun 2025

Rahmad Mega Menangis, Anak Istimewa Meninggal Dunia

Penyanyi Rahmad Mega gagal menahan sebak selepas memaklumkan anak istimewanya, Nur Ara Elisya,15, telah meninggal dunia.

Trending Thu, 6 Aug 2020

Kos Tunai Umrah Dijangka Meningkat

Apapun, ia meliputi aspek keselamatan para jemaah

Featured Tue, 18 May 2021

Hampir Kehabisan Katil, Netizen Puji Usaha Majalah 3 Tunjuk Keadaan Sebenar Pesakit ICU Covid-19

Situasi Covid-19 dalam negara kita semakin hari semakin genting. Dengan kemungkinan berlakunya gelombang baharu Covid-19, bilangan kes positif daripada wabak itu masih merekodkan jumlah yang tinggi setiap hari. Menerusi dokumentari eksklusif Majalah 3, Pusat Kuarantin  […]

Trending Mon, 31 Dec 2018

Mayat Tiga Beradik Akibat Lemas Sudah Ditemui

Operasi SAR di air pagi ini bermula pada kira-kira pukul 7 pagi dan diperluaskan ke kawasan 10km melibatkan 12 anggota dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

error: Content is protected !!