Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 4, 2022 @ 6:12pm

“Semoga Anak Abah Jadi Anak Yang Baik” – Netizen ‘Touching’, PU Riz Titip Pesanan Buat Bilal

Kini genap seminggu sudah usia putera sulung pasangan sama cantik sama padan, Noor Neelofa Mohd Noor dan Muhammad Haris Ismail atau PU Riz, Muhammad Bilal Bin Muhammad Haris.

Namun keterujaan ramai pihak terhadap perkembangan terkini Neelofa dan bayi masih dapat dirasai hingga kini.

Menerusi perkongsian terkini PU Riz di laman instagram miliknya sebentar tadi, beliau dilihat sempat menitipka doa buat anaknya itu sebagai peringatan dihari kemudian.

“Alhamdulillah Allah beri nikmat. Anak ini adalah adalah aset ke syurga, dengan syarat Umi dan Abah mencoraknya dengan mentaati perintah Allah.

“Semoga nanti Bilal boleh baca, tidak ada apa yang abah harapkan dari adik kecuali adik menjadi anak yang soleh.

“Semoga Allah takdirkan anak abah ini dalam kalangan para solihin, lebih baik dari abah insyaAllah,” tulisnya.

Selain itu, PU Riz juga turut meninggalkan pesanan berserta petikan hadis buat Bilal.

Perkongsian oleh PU Riz itu juga turut dikongsi Neelofa menerusi hantaran di laman insta story miliknya.

“ Touching sis baca…”

Menjengah diruangan komen pula, rata-rata warganet meninggalkan respon positif dan mendoakan kebaikan buat Muhammad Bilal.

Namun, ada juga segelintir wargamaya yang sebak dengan pesanan yang ditinggalkan PU Riz untuk anaknya itu.

“Baby Bilal ramai yang sayang…”

Terdahulu, netizen begitu teruja apabila Neelofa sempat berkongsi foto bilik Bilal dan beberapa foto beliau yang kini sedang sibuk berpantang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 May 2018

Ini Cara Mudah Untuk Buatkan Kasut Anda Kalis Air, Selamatkannya Daripada Lencun

Selepas ini, tak perlu risau lagi kalau terpijak lecah.

Featured Mon, 6 Sep 2021
Featured Wed, 23 Jul 2025
Hiburan Mon, 28 May 2018

Armin Dilarang Dekati Ziana Zain Dan Anak-Anak

Armin yang diwakili peguam Mohd Rizal Bahari mengemukakan permohonan itu secara lisan dengan menyatakan hasrat mahu menemui anaknya tetapi dilarang

Featured Fri, 10 Apr 2020
Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Hilang 20 Kg, Aishah Tak Ralat Makan Dua Suap Selama-Lamanya

Kalau dulu makan berpinggan, sekarang cukuplah sekadar dua ke tiga suap. Pasti kenyang. Saya gembira dengan keadaan sekarang kerana pada masa sama, stamina ketika menyanyi di pentas juga bertambah baik.

Featured Wed, 28 Nov 2018
Hiburan Tue, 14 Jan 2020
error: Content is protected !!