Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 11, 2018 @ 8:37am

Hilang 20 Kg, Aishah Tak Ralat Makan Dua Suap Selama-Lamanya

Penampilan penyanyi malar segar, Aishah mendapat perhatian ramai di Majlis Berbuka Puasa bersama para pelakon filem Kalla. Bentuk badannya jauh lebih langsing sekaligus mendapat pujian ramai!

Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu ini mengaku baru sahaja selesai menjalani pembedahan mengecilkan perut di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

“ Selepas saya lakukan pembedahan bariatrik, saya hilang berat badan sebanyak 20 kilogram.

“ Jangan salah sangka yang saya bergantung pada ubat kurus. Hasil hari ini yang anda nampak dipantau dengan sempurna oleh doktor pakar,” katanya kepada xtra.com.

Penampilan Terbaru Aishah selepas menjalani pembedahan Bariatrik

Tambahnya, pembedahan ini bukanlah tertumpu kepada untuk nampak kurus semata-mata tetapi ia lebih kepada memulihkan kesihatan.

“ Saya mengalami sakit kaki memandangkan saiz badan yang besar. Bayangkan ketika berada di Eropah beberapa bulan lalu, saya perlu berjalan kaki ke sana sini dengan kaki yang sangat sakit.

“ Selain itu, obesiti juga boleh menjadi pelbagai punca penyakit kronik. Lebih baik cegah sebelum merawat. Atas nasihat doktor, saya setuju lakukannya,” katanya.

Aishah turut memberitahu keputusan untuk menjalani pembedahan bariatrik juga diambil selepas mendapat sokongan moral daripada chef selebriti, Chef Zam Wahab.

“ Beberapa selebriti tanah air turut menjalani pembedahan ini antaranya Chef Zam dan Vicha Saywho.

“ Ramai yang tanya pada saya, sakit tak? Apa yang boleh saya simpulkan, sakit pembedahan ini apalah sangat berbanding dengan kesakitan kaki yang terpaksa saya tanggung selama ini. Syukur semuanya selamat,” katanya.

Dalam masa sama, Aishah memberitahu dia amat berpuas hati dengan keadaan fizikalnya sekarang walaupun pola pemakanannya telah berubah.

“ Kalau dulu makan berpinggan, sekarang cukuplah sekadar dua ke tiga suap. Pasti kenyang. Saya gembira dengan keadaan sekarang kerana pada masa sama, stamina ketika menyanyi di pentas juga bertambah baik,” akhirinya.

Penyanyi berusia 52 tahun ini bakal masuk ke studio bagi merakamkan sebuah lagu bertajuk Malar ciptaan komposer Hazami. Tak sabar nak mendengar hasilnya, pasti meletop! Good Luck Kak Aishah…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 Jan 2025
Featured Thu, 12 Jun 2025

Jefri Nichol ‘Tolak’ Tawaran Berlakon Adegan Panas Demi Ameera Khan? – “Dia Kata Lebih Bagus Jangan”

Jefri kini tidak mahu terlibat membawakan adegan dewasa bersama pelakon wanita lain di set penggambaran.

Hiburan Sat, 2 Nov 2024

Mahu Serlah Bakat & Kejar Ganjaran RM1 Juta Calpis Soda OIAM… Sakit Gout Kronik Tak Jadi Penghalang Lelaki Ini Gapai Impian

Uji bakat OIAM diadakan di Karnival Jom Heboh Johor Bahru 2024, bermulai hari ini dan esok.

Featured Wed, 1 Oct 2025
Hiburan Wed, 10 May 2023
Hiburan Tue, 26 Mar 2019

Selepas Bapa, Nenek Adira Pergi Menemui Illahi…Al-Fatihah

Semoga Adira terus kuat menghadapi dugaan ini, Amin YRA…

Hiburan Wed, 19 Sep 2018

首要媒体2019年贺岁MV《So Happy》开拍!

距离2019猪年不到5个月的时间,首要媒体已开始筹备贺岁专辑咯!日前八度空间旗下8位艺人难得聚首,进行主题曲《So Happy》MV拍摄。

Kes Mahkamah Mon, 11 Mar 2024
error: Content is protected !!