Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 13, 2025 @ 3:15pm

“Sebagai Ahli Keluarga, Kami Tahu Apa Yang Berlaku” – Amad Sihat Semasa Latihan, Siti Nurhaliza Mohon Jangan Timbulkan Persepsi Lain

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menjelaskan keadaan sebenar membabitkan anak saudaranya, Amad Dayyan susulan insiden yang berlaku ketika Grand Finale sebuah program hiburan malam tadi, sekali gus meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Siti memuat naik video memaparkan sesi latihan Amad dan Nadeera malam sebelum pertandingan menunjukkan keadaan anak saudaranya itu berada dalam keadaan sihat dan cergas sebelum persembahan akhir.

“Sesi latihan Amad Dayyan bersama Nadeera berjalan baik. Kondisi Amad sihat dan fit untuk persembahan. Namun takdir berkata lain pada hari persembahan Grand Finale,” katanya.

Tambah pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu, apa yang berlaku bukan disebabkan masalah kesihatan, tekanan emosi mahupun keletihan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Sebagai ahli keluarga, kami mengetahui apa yang berlaku. Ia bukan faktor kesihatan, bukan kesan dari komen atau penat. Sebagai manusia, kita percaya ada hal-hal luar dugaan yang tak masuk akal, tapi itulah hakikatnya,” katanya.

Siti turut meminta agar orang ramai tidak membuat pelbagai andaian mengenai situasi sebenar kerana hanya mereka yang berada di lokasi mengetahui apa yang sebenarnya terjadi.

“Bagi sesiapa yang berada di lokasi semalam pasti tahu apa yang berlaku. Untuk bersikap adil kepada Amad, janganlah timbulkan pelbagai persepsi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Siti turut mendedahkan bahawa bukan hanya Amad, malah adiknya, Aisy, turut menerima ‘tempias’ daripada kejadian tersebut.

“Malam tadi bukan Amad sahaja yang terkena, tetapi adik Amad, Aisy juga terkena tempiasnya. Doakan agar kita semua dilindungi-Nya selalu. Doakan Amad juga,” ujar Siti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Sebelum ini, kejadian yang menimpa Amad Dayyan ketika persembahan akhir itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penonton dan netizen apabila penyanyi muda berkenaan kelihatan tidak seperti kebiasaannya di atas pentas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 14 May 2019
Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Bertuahnya Mawar Rashid!

Untung Mawar, Selain cantik beliau juga bertuah kerana dapat memiliki suami yang romantik seperti Raff. Betul tak?

Hiburan Wed, 8 Jan 2020
Hiburan Tue, 17 Mar 2026

“Rakan Duet Sebenar Tarik Diri” – Bongkar Konflik Lagu ‘Yaa Hari Raya’, Ayda Jebat Bersyukur Hazama Setuju Saat Akhir

Ayda mengambil langkah berani dengan menghubungi rakan seperjuangan, penyanyi Hazama secara spontan

Hiburan Thu, 14 Dec 2023
Hiburan Mon, 5 May 2025
Events Wed, 11 Jan 2023

[VIDEO] Azhar Sulaiman Kongsi Detik Cemas Kasih Leia Ixora Pengsan, Badan Kurus Akibat Menghidap Sakit Hipertiroid

Kesiannya Kasih Leia Ixora 😢 Patutlah nampak kurus sangat 😢 Semoga dipermudah segalanya ❤️

Hiburan Wed, 26 Jun 2019

Terima Berita Adik Putus Cinta, Asyraf Khalid Luah Rasa Sedih

Tyra memiliki masa depan cerah, mana-mana lelaki yang memiliki awak sangat bertuah.

error: Content is protected !!